My Heroes

My Heroes

Monday, August 27, 2012

GURAUAN MEMBAWA IGAUAN

mengalir air mata aku. sedih bkn sebab menyesal tapi sedih sebab malu. malu dgn jiran tetangga aku. malu dgn kerenah ank2 aku. kalau tak ganggu hidup org luar aku xkisah tapi ni...

dah mcm2 cite aku dgr dr mulut jiran2 aku. airel buat mcm tu. airel buat mcm ni. mana aku nk sorok muka. skrg ni bdk yg femes nakal airel dah sandang.

"airel pkai redah je msuk umh akak."
"airel lompat ats sofa dlm umh akak."
"abis lantai umh akak bertapak kaki si airel."

mcm2 lae yg dorg komplen psl airel. tadi airel sorok selipar org. meraung bdk tuh. dah lar mak budak tu mmg anti ngn airel. msti jd buah mulut org pye. pdhal bg aku benda kecik je. bkn xprnh selipar kitorg kena sorok. bkn xprnh pintu umh kitorg kena maen ketuk2. malahan kitorg tahu kerja sapa. tp kitorg xkecoh sbb benda ni kecikaje. tp bg org yg xdpt terima gurauan ksr ni dorg akn cpt melatah.

tambahan bdk yg airel kacau ni ank emas kat cni. dia lar yg baek. dia lar yg bgus. sbb tu apa yg dia ckp, dia adu, rmai yg cpt percaya bulat2. depan mata aku. bla dia jtuh, dia tduh airel buat.

hubby aku dh warning. aku pon dh warning. tp ati airel mmg kering. bg airel, bdk ni kwn baek dia. klu blh sume benda dia nk share dgn bdk tu. dia beli beg baru, beg lama dia nk kasi bdk tuh. kasut baju dia yg xmuat pon dia nk kasi bdk tuh. klu airel singgah kdai nk beli jajan, dia msti tnya bdk tu nk jajan gak x. klu aku kuar 50sen utk airel, utk bdk tu gak aku kena kuarkn 50sen lg.

kalau blh aku nk kuar dr flat ni cpt2. cari umh teres. biar airel maen dlm kaw umh je. senang aku nk kawal dia.

apa perasaan korg klu org benci ank kita?

mak bdk ni prnh seret airel msk dlm sekolah. apa perasaan korg bla ank korg org buat mcn tuh depan mata korg?
mak bdk ni prnh tolak airel jauh dr dia. kecik x ati korg?

Friday, August 24, 2012

PENGAKUAN YG AMAT MENYAKITKAN.

aku mmg perasan akan kunjungannya ke rumah kami pd hari itu. disbbkn sibuk melayani para tetamu yg hadir aku skadar dpt bertegur sapa shj dgnnya. namun dpt aku rskan dia asyik memerhatikan gerak geriku.

di kala para jemputan mula beransur meninggalkan rumahku, dia msh di situ. kesempatan itu aku ambil utk berbual2 kosong dgnnya. suamiku yg dr tadi menemani si dia tiba2 beredar dan meninggalkan kami berdua. kuperhatikan gadis seberang itu mmg cantik orgnya. berkulit putih bersih dgn rambut lurus hitam berkilat mencecah dada. tdk spt rambutku yg berketak2. nak lurus kena lar buat rebonding. dia mempunyai tarikan yg bisa mencairkan hati lelaki yg memandangnya. kuanggarkan usianya dlm lingkungan 25 - 28thn.

di saat itulah dia mula membongkarkn satu rahsia yg mmg slama ini aku jangkakan. tanpa memikirkan perasaan aku sbg seorg isteri, tegarnya dia mengaku bhw dia dan suamiku sdh lama menjalinkn hubungan sulit.

saat itu, hanya Allah yg tahu betapa hancur luluh hatiku sbg seorg isteri pabila mendengar pengakuan dr gadis itu. namun aku berusaha utk tdk menunjukkan perasaanku yg sebenar. aku trus mengorek maklumat dimana dia tggl, apa pekerjaannya dan no telnya. dia pula tanpa rs ragu2 memberi jawapan setiap soalanku.

stlh dia meminta diri utk pulg, aku trus berdepan dgn suamiku. perbagai soalan kuajukan kpdnya. dsr lelaki. mulanya dia berdolak dalih. namun bla aku menjelaskan segalanya diceritakan sendiri oleh kekasih gelapnya itu. akhirnya dia mengaku.

tiada apa yg dpt kuucapkan lg. hanya linangan air mata yg dpt mengambarkan betapa pedihnya hati ini. aku seakan sdh tdk nmpk kemana hala tuju ms depanku dan ank2. tubuh bdnku menjadi longlai. hatiku bagai disagat2. aku pandang ke wajah insan yg amat aku cintai itu. tiada sekelumit belas dr wjhnya. kemana hilgnya cintanya kpdku.

mmg sudah kujangka satu hari nnt, ianya pasti akan terjadi. sangkaku aku tabah utk menghadapinya. namun sekuat mana diri ini, disaat aku menyulam bahagia rupanya itu hanya sandiwara.

bajuku dan anak ku sumbat ke dlm beg. nekadku hnya 1 dia akn kutgglkn. dia tdk pula memujuk atau menghalang tindakanku. dia seolah2 sdh bersedia utk mengantikan tmptku dgn gadis seberang itu.

hati ini semakin dihimpit pilu bla mengenangkan ank sulungku terpaksa kutgglkn bersama suami memandangkan aku sndri tdk tahu kemana destinasi utk aku mengadu nasib. apa yg terlintas dibenakku di saat itu hanyalah utk membawa nasib ke tmpt lain.

org pertama yg terdetik utk kuhubungi utk menumpang barang semalam dua adalah sahabatku ami. kemudian aku merangka perjlnan utk pergi ke penang dan meminta bantuan ct masnissah mencari pekerjaan dan tmpt penginapanku.

semua sdh ku aturkan dlm kepasrahan. dan dikala itu tak mungkn aku berpaling lg kpd cinta hatiku yg tlh menghancurkan jiwa ini. biarlah dia bahagia bersama penganti diriku. mungkin aku tdk membahagiakan dirinya wlaupun aku tlh sedaya upaya berusaha.

aku mengatur langkah meninggalkan rumah, air mataku menitis laju tatkala ank sulungku memeluk erat aku. terlalu bsr pengorbanannya merelakan pemergianku. dan ayahnya pula hanya membatu diri seolah2 tiada apa yg terjadi.

air mata terus mengalir. seksanya aku diwaktu itu. dan aku masih menangis sewaktu membuka kel mopak mataku. dan aku masih tersedu sedan sewaktu menyedari itu skadar mimpiku.

dan kerana mimpi itu TAHUN NI XDE OPEN HOUSE. xmau fantasiku bertukar realiti. perit woooo.



p/s air mataku tetap mengalir ketika n3 ini ditulis.

Monday, July 23, 2012

N3 ORG BUSAN

mood raya blum smpaiiiii.. maybe sbb lambat lg kot nk raya. aritu ada lar cadang nk cat umh. tp hubby aku wat derrkk je, xmo cat lar tuh. bkn aku xmo wat tp aku ni jnis xbrani daa. takut buat apa2 tnpa persetujuan dr dia.

ni hah, sofa aku ni. dah barai siut. ikut ati nk beli baru je. tp hubby still lae wat derrrk je. nk make over sofa ni pon dh xtau mcm mne. sadisss. langsir beli ready-made udah.xkose aku nk jahit2 langsir. mmg xprnh jahit langsir pon.

baju wajib di pg raya awal2 dh beli. tggl baju persalinan je yg blum cari. mintak2 lar hubby aku dh lae voucher jusco mcm thn lps, blh soping sakan. baju mak, abah n adk bujang aku tuh blum decide sapa yg kena beli.

kuih raya plak hubby aku dh ode dr member kilang dia. ntah apa lar biskut yg dia ode. katanya sume ikut tekak dia je.

bla duk termenung kat dlm umh ni, serabut sggh mata memandang. nak deco pon xde idea sbb umh sewa. bla lar nak dpt duk umh sndri. ntah lar. nasib bdn de. maleh nk bukak isu psl umh ni, sebak ada, nk marah pon ada. makan ati je dibuatnya. gamaknya aku akn dpt umh kalau aku koma separuh nk mati kot. ms tuh permintaan aku sure dipenuhi. klau x..

Sunday, July 8, 2012

NYESAL

benda yg aku takuti slama nih mmg benar2 tlh berlaku. nyesal x sudah. xblh nk gambarkn mcm mne. klu blh aku putarkn ms, aku mmg aku nk undur blk semua nih. nyesal.

nyesal bla lepaskn rania kat tgn aiman. nyesal bla bwk turun rania main kat bwh. nyesal bla stuju nk jg rania. nyesal bla offer kat yop nk jg rania. klu x, semua ni xkn t'jd.

sbbkn rindu pd si montel ank yop ni, aku offer diri nk jg dia 2,3 ari. lgpon ank2 aku duk kerah aku amik si rania nih. bla yop kata nk anto rania, sronok gak. wlaupun aku mmg seriau nk jg ank org ni. tp kuatkn smgt gak sbb 2,3x aku jg, semua b'jln lancar. tmbhan pula rania dh mesra alam ngn aku.

tp ptg td, dia xmo plak duk ngn aku. slalu dia akn duk sblh aku sambil tgk bdk2 lain main. tp ptg td, dia mmg xmo. sapa je lalu depan dia, dia mengepak tgn nk mintak dukung. kenal ke x blkg cite. yg penting dia mmg xmo ngn aku.

so, aku mintak aiman main ngn rania. aiman pon bwk rania g tmn, main gelungsor. dua tiga kali luncur, aiman dpt smbut. tp last skali, rania btoi2 jtuh tersembam. panik gile tgk drh yg ngalir dr dahi dia. trus aku dukung n bwk blk. bla tgk drh xhenti ngalir. aku capai kunci kete n nk bwk g klinik. kebetulan yop aku smpai nk anto 2 lg ank dia. dia lar yg drive.

panik xyah ckp lar. nyesal pon xde kesudahnya. serius ckp. anak org seh. klu ank sendri perasaan tu lain ckt. ni ank org. ank org yg mak ayah dia jg elok2, smpai kat tgn aku hancussss. dah lar mak dia dlm pantang. bersalah sesgt.

ni mak dia x tgk lg, alahaiii pe lar reaksi SIL aku bla tgk dahi ank dia nih. apa nk ckp. dah salah aku.

knp lar aku xblh trima hakikat yg rania mmg x serasi ngn aku. knp lar aku nk paksa dia trima aku. duk kat umh aku nih, dia xmo tdo. slalu meragam. siang hari dia ok. tp bla mlm dia nmpk mcm x selesa. menangis je.

tp aku tetap b'keras nk gak jg rania. ank2 aku pon slalu tnya rania. hubby aku pon syg sgt ngn rania. aritu dia mrhkn aku knp aku x amik n jg rania ms SIL aku kat hospital. dia soh aku g amik rania.

tp mmg xsangka mcm ni jd nyer. si montel kesygan sume dh cedera. ni slh mak ngah. sume slh mak ngah. mak ngah cuai.

Tuesday, June 19, 2012

TU LAR TERLEBEY SGT.

mlm ni terlalu pyh utk aku lelapkn mata. terpaksa b'tarung dgn kesakitan. sepjg hari ni, dr mula2 bukak mata sampai ke mlm nk tutup mata aku t'paksa menahan sakit. ni lar gara2 terlebey mengeliat pg td, urat tengkuk aku cramp. sakit woo. menitik air mata gak.

hubby aku pon t'paksa amik halfday arini semata2 nk bw aku g ngurut. tp seb baek lar ada tukang urut kat cni so xyah aku ssh2 m'cari. siap dtg umh lg tuh. tp lps akak tu ngurut rs kurg lar sakitnyer, blh lar toleh kiri kanan. malangnyer x sampai sejam ngurut dah cramp blk. giler btoi. nk wat apa lg nk redakn kesakitan nih??

tp dlm sakit aku ni, dpt gak aku kemaskn bilik aiman n touch up bilik aku. dlm teleng2 bilik air dpt gak aku sental. siap msk mkn lg tuh. walhal klu ikutkn ati nk je letak kepala ni kat bantal je dr awal pg.

tp ms amik airel dr tadika, seksa gak nk rempit ngn leher yg keras mcm nih. sampaikan akak tuh blh ckp, kuat gak aku nahan sakitnye. klu org lain mau menangis. katanya bla ngurut leher n bahu aku. teruk gak lar tuh maksudnya.

bla sakit ni, mulut mula la nk m'bebel. ye lar, org dlm umh ni mcm xnmpk aku tgh sakit. bkn nk bantu nk ringankn tugas, buat derkk jer. klu xsrh jgn hrp nk b'gerak. mkn ati sggh.

nk g klinik dh larut mlm. laki aku kat sblh nih sdap je tdo. aku gak yg xtentu hala. igtkn dia blk awal blh lar mintak tlg apa yg ptut tp dia gak joint sakit skali ngn aku. sabo je lar.

aduiiiii. sakitnyer weh. dh brapa kali nitik air mata ni dah. seksa sggh.

Friday, June 15, 2012

RESULT EXAM AIMAN.. {T___________T}

syukur alhamdulillah ke hadrat Allah yang telah memberkati usaha aku dan aiman. happy tak terkata apa2 bila melihat peningkatan Aiman skrg nih. mcm xpercaya pon ada.

mungkin pd org lain apa lah sgt dgn pencapaian aiman tuh. tp bg aku itu melambangkan betapa berhasilnya usaha kami. syukur sekali lg.

jika sblum ni keputusan exam aiman amat merosot tp kali ini sedikit sebyk aku dh mampu tersenyum puas. terharu aku melihat aiman melonjak kegembiraan bla mendpt tahu dia menduduki tmpt pertama dalam kelasnya. sepjg 6thn belajar, inilah kali pertama dia berada didlm kedudukan teratas.

kedudukan dlm kelas juga amat menyakinkan. dia mampu berada dikalangan 3 @ 2 kelas teratas. cuma peratusan saja yg agak menghampakan. tapi tak mengapa aku akan jdkan itu sebgai satu dorongan utk dia lebih gigih berusaha.

Aiman, semoga hajat aiman nak menghadiahkan 5A kepada Ammy tercapai. Amin..

Ya Allah, syukur tak terhingga diatas limpah kurniaan-Mu ini. segala penat lelah menjadi 'guru'nya dan menjadi 'classmate'nya, segala perit jerih menghadapi kedegilannya dan setiap titis air mata yg pernah gugur kerana tingkahlakunya telah membuahkan hasil. Ya Allah, berkatilah usaha kami dan permudahkanlah urusan kami. Sesungguhnya tiada yang mustahil dengan kekuasaan-Mu. Amin...



p/s Pernah beberapa ketika aku berasa terlalu lemah dan hampir rebah. dan disaat itu tiada yang terlintas selain niat untuk beralah. tapi Allah beri aku kekuatan untuk terus melangkah. Perjuangan kami belum berakhir.

Friday, June 8, 2012

SEJUK HATI MELIHAT DIA

syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnia-Nya kepada kami. Alhamdulillah. sejak aiman mengikuti camp baru-baru ni dah nmpk perubahan positif dlm diri dia. wlaupun xbyk mne tp aku tetap bersyukur. aku b'hrp perubahan ini akn berterusanlah hendaknya. Amin.

Wednesday, June 6, 2012

MACAM X CAYA JE

prnh x korg b'depan dgn keletah ank2 yg xprnh korg duga. maknanyer lebey kurg mcm ank2 korg wat sesuatu yg korg x prnh t'pike dorg akn buat. point bkn pd keletah nakal ye. kalau bab2 nakak tu mmg xyah ckp lar. msti prnh kn.

td airel wat surprise kat aku. lps je mkn mlm td, tetiba plak aku t'sedu. naek senak gak dada nih. maleh nk bgn minum air, aku pon layanz lar sedu aku nih. ukh..ark..ukh,ark. dkt 10 minit x renti2.

ntah mcm mne t'pandang si airel dtg bwk secawan air. igtkn dia nk minum. air tuh dihulurkan kat aku. "ammy pye." katanyer. weh! terharu aku siut. terus aku deguk air tuh. dan2 tuh ilang sedu aku. aku tnya dia mne dia tau minum air blh ilangkn sedu. dia diam je.

setau aku lar, xprnh plak kitorg ajar bab tuh sbb seigt aku lar jrg sgt kitorg kena sedu2 nih. Airel ni slalu gak wat surprise. ckp dia, tingkahlaku dia kekdg mcm org tua. pemikiran dia pon kekdg xdpt kita jangka. TAPI.. hah ada tapi tuh, sjk menjak ni pecah kepala aku nk ngadap kerenah dia. kemana dia g tgn nakal dia xprnh duk diam.

aritu dia tuang bedak dlm handbag aku. pastu crean muka aku dia sapu kat almari. xcukup ngn tuh ganache atas kek aku dia calit pkai jari. b'bekas jari kecik dia ats toping kek. ada lg.. cupcakes aku b'lubang2 dia cucuk ngn lidi. byk lg lar x t'list keletah dia nih. slalu xde lar nakal mcm nih. aduyaiiiii..

mcm td, ayahnya soh sapa yg cerai baraikan torchlight g cari sampai jumpa. riak muka dia mmg nmpk tkut tp yg klakarnyer slambe dia tuduh abgnyer. siap ckp lg kat abgnyer. biar ammy amik rotan pukul dia, janji abgnya kena cari smpai jumpa. kunun2 xkisah lar dia kena rotan.

kalau nk b'tekak dgn dia mmg menyakitkn ati. baru 5 thn dh ckp mcm org tua. kalau dh m'bebel ngalahkan mak cik kantin kata adik aku. skrg ni dia tgh sakan ngumpul duit. kalau ditnya nk wat apa, pasti jwpnya nk jadi doktor. Mudah2an Allah kabulkan cita2 nya. amin.

TERLEBEY RAJIN PLAK..

Hari ni rasanyer aku dah terlebey rajin.. awat aku cakap lagu tuh?? sebab aku masak special arini. Masak pe tuh?? special sgt ker?? special lar beb sbb slalu aku masak maen campak2 jerk.. kali nih masak beradun bagai..

Bkn apa tetiba jer tekak ni nak makan rendang ayam. Maka aku pon g lar carik bahan2 nyer.. mula2 tuh mmg dugaan ckt sbb serai xde plak kat kedai aisoh kat bwh.. t'paksa lar rempit jauh ckt cari serai. Nak cari serai, t'jumpa plak kunyit idup.. pastu nmpk plak lengkuas.. per lae rembat lar ala kadar..

Lama gak lar aku menumis dan merenehkan rendang nih.. dkt pkul 3 baru siap msk.. Opsss!! lambat siap bkn sbb aku guna ayam pencen ker apa tp sbb start msk pon lambat.. hahahaha...  Maleh nk msk sbnarnyer. Tp apa nk wat, stok ayam dlm peti ais tuh kena diabiskan gak..


Amacam??? ngancam x rendang ayam aku??? boleh lar kan.. serdak rendang byk.. kalau cicah ngn pulut kuning ni sedap nih..

Siap je msk, si Aiman xsabo2 nak makan.. Laju jer dia bla aku soh kemas meja..ye lar kan, dah pukul brp baru nk ngadap lunch.. Biasa lar, bla msk2 ni, ank2 lar jd juri.. Sedap x? sedap x? Sronok tgk ank2 b'selera mkn. siap menambah nasi lg. Aiman mula lar suggest tu suggest nih.. soh aku b'niaga lar.. bukak restoran lar.. Ada ka patut?? ammy dia nih takat msk satu dua jnis lauk nih lepas lar.. pastu blh bg nama restoran tuh.. sbb aku terror msk kek ngn rendang nih, dia ckp buh nama restoran KEK DAN RENDANG.. lar x komersil lgsg.. biasa lar idea bdk2..

sambil mulut mengunyah nasi, dia mintak aku wat rendang lagi esok.. hari2 pon xpe katanya.. x meluat punye, sambungnyer.. MELUAT??? ni lar mslh anak sulung aku nih.. mslh penggunaan bahasa sggh. sepatutnyer x muak atau x jemu.. ada ke patut dia kata MELUAT.. hisss!!


tgk tuh x sampai 1/2 jam mkn ngn aku tadik, dia makan lg.

Cerita psl rendang, aku ada story best pye. Biasa lar kan rendang ni time raya je famous. Tiap2 tahun tender wat rendang nih, adik aku Ezan yg pegang.. Aku pegang tender wat ketupat palas sbb dlm ramai2 ank2 abah, aku sorg je cekap mengayam daun palas.. ketupat daun palas kena anyam ker?? yg gulung2 tuh kira anyam gak lar kira2nyer..

Hari masak tuh, kitorg adk beradik pon korek lar rahsia si Ezan cam ner rendang dia sedap. Bahan2 dia dah siap lebuq kan ( style mak ngajo kitorg msk maen lebuq2 je..) apa itu lebuq?? lebuq tu macam skali naik semua bahan lar.. tetiba si Ezan capai belacan then nak dilebuq skali dlm kuali. M'jerit lar kitorg duk b'balah mana ada rendang taruk belacan.. igt sambal tumis ke? Ezan ckp dr dlu mmg dia letak belacan.. Larr ye ker?? Kali ni demi m'dgr kata kitorg.. dia x letak belacan.. so apa jd?? tgh hari raya tuh, kitorg 1 umh cirit birit.. sume sepakat ckp puncanyer dr rendang ezan yg xde belacan tahun nih.. hihihihihiihi.. ntah btoi ntah idak.. suka2 jer ngusik dia..

Ada gak skali tuh, MIL soh aku wat rendang.. walaweh!! ms tuh mmg aku xtau wat rendang sgt. kejap2 telpon ezan tnya camner.. Hah!! tu lar bla org msk lepas tgn, kata ezan.. Nak wat mcm mne, mne nk tau MIL aku nk rasa mskan m'yu plak. 

Skrg ni kitorg dh tukar2 tender. Sama2 blajo msk dan mengayam daun palas. Sebenarnyer ketupat palas dan rendang adalah satu2 nyer juadah kami ms pg raya dan sepjg raya.. selagi x abis lar.. bkn kitorg xpandai nk msk juadah laen mcm nasi impit ker, kari ayam ker, lontong ker tp slalunyer kurang m'dpt sambutan.. x caya??? kitorg dh try. wat sume tuh raya haji last year.. kesudahannyer ke tong sampah..

Tp kalau SIL aku tapaw dr umh mak dia bwk blk ke kg, laris plak.. xtau napa.. maybe org laen msk tu yg m'bangkitkn selera kot.


pic ni bkn nk tunjuk psl rendang tp psl mangkuk kaca tuh.. cantik x? brand pyrex lg tuh. aku beli ms jualan gudang.. 1 biji mangkuk nih ngn penutup dia skali cuma RM20. murah x?? Aku rembat 3 biji mgkuk bsr nih, 3 mgkuk kecik ckt n 1 mgkuk lonjong.. Baru seratus lebey. Kalau kat supermarket mau beratus2...

Kalau nak tau psl mangkuk pyrex nih, actually kilg dia t'bako.. jd mangkuk2 nih dilelong kat gudang. So sesapa nak pandai2 lar cari yg elok2 diblk timbunan mangkuk2. ikut nasib lar.. pecah peluh gak m'cariknyer..


Monday, June 4, 2012

PROJEK BAKING MEMANJANG

 Dah lama sbnarnyer aku nk post gambo2 projek baking2 aku nih.. tapi disebabkan line ujung bln yg agak slow, maklumlar 24jam asyik duk on9 jer, maka idak lar dpt aku laksanakan.. sejak menjak duk umah separuh masa nih, intenet xsampai 10hb dah over quote. kalau push gak upload gambo, jawabnya berjam2 lar nunggu nyer. 

so dah ada kesempatan ni, layazzz jer lar ye, gambo2 yg x seberapa nih.. 

 
yang ni asalnyer nak wat BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES.. tp bla dah baking tgk cupcakes nyer moist plak. aku cukup xsuka moist2 nih.. ilang mood nk wat butterfly nyer.. perabih mcm nih je lar..

cupcakes kat atas ni namanyer OREO CUPCAKES. aku nk try test wat buttercream. so sajerk carik resepi yg simple2.. cupcakes nih mmg sedap. n buttercream aku pon m'jd gak... hehehe.. siyoknyer.. tp nk deco tuh idak lar pandai.. main haruk jerk.. 1st time katakan..


kek kat atas nih aku wat ms besday aku.. sajerk2 makan anak beranak. kebetulan stok hasil baking2 aku dah xde dlm peti ais.. so wat lar ckt.. KEK COKLAT KUKUS ni mmg sedap.. Aku suka.. anak2 aku pon suka.. tp toping nyer plak wat spoil. Slalu aku guna coklat bar, kali nih guna coco powder.. pahit nauzubillah.. brp kali aku adjust letak susu byk2.. kesudahnya kemanisan lar ckt.. tp bla dah duk lama2 dlm peti ais.. abis gak..

gambo ni aku copy n paste dr fesbok SIL.
 
Pavlova ni plak aku wat utk SIL aku. Kali kedua dia mkn pavlova hasil air tgn aku nih. Actually sbb adik2 aku yg lain pon kepingin nk merasa pavlova ni, maka wat skali lar ye.. kena share2 lar cost bahan2nyer.. bhn2 lain mcm telur, gula, whipping cream n anggur aku blh sponsor sbb mmg ada stok kat umh, tp bab buah2 yg lain tuh kena lar mintak hulur2 ckt..

Yang nih aku wat smlm.. dah lama nk wat resepi ni sbnarnyer.. DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE.. rasanyer??? bagi aku xsuka coklat ni, komen aku sedap gak lar.. makan skjap pastu nk nyambung mkn lagi. ni slide yg ntah keberapa aku abiskan.. kek2 berasaskan coklat nih mmg kegemaran ank2 aku.. so mmg aku simpan stok dlm peti ais. kejap2 dorg mkn.. kejap2 je abisnyer..


Ni jer yg aku wat beberapa minggu nih.. ikutkan ati mmg nk buat hari2 tp kena control nafsu gak.. nnt bil elektrik melambung2.. hubby aku start aku rajin baking2 nih duk jeling2 jer bil elektrik. Paham2 udah lar.. aku kalau sehari xwat apa2, mula lar sakit kepala lar, sengal2 badan lar.. ni pon dah ada perancangan nk wat cookies sbb hubby aku x mkn sgt kek2 nih.. kalau cookies tgh pns2 dia ngap... nnt biar stok kek aku abis baru aku baking yg laen..



p/s adik aku sarankan aku amik loan bukak bakery.. hamboiii... sampai ke situ dia pike.. blum terpike aku nk bukak bakery.. cuma skrg nih angan2 aku nk dapur bsr ckt je.. senang nk wat keje.. kalau dah nk dapur besar tuh tandanyer apa??? sndri pike lar.. nnt aku post kan gambo hadiah yg aku dpt sempena besday aku baru2 nih.. xbyk pon kali nih.. huhuhuhuhuhuhu..

ICE SKATING

cuti sekolah dah seminggu berakhir.. kemana kita bawa ank2 kita mengisi kelapangan ini. sekali skala bawa ank2 makan angin tiada salahnya.. mereka juga perlu waktu untuk menenangkan fikiran mereka. siapa kata ank2 tidak stress.. anak2 meragam, merengek, tak mahu dgr kata dan nakal juga menunjukkan mereka juga mengalami stress.. fakta mana nih? ni fakta aku.. hahahahah

ok lah cakap berjela2 tapi kemana aku bawak ank2 aku berjalan2 cuti kali nih???? non ado.. tiada planning nk g mana2.. memandangkan si abg dah merasa g camp.. so kitorg laki bini cuma bawak 2 putera tu ke sunway piramid je.. main ice skating. ini merupakan kali kedua kami main ice skating dlm tempoh terdekat nih. gian lar tuh..

1st time pergi bln lepas, idak lar teruk aku jatuh tersungkur. kali nih aduyaaaaaaiiii.. sampai ke hari nih duk sengal punggung.. mula2 tuh cantik je aku menapak atas permukaan ais yg licin tuh. dah separuh gelanggang aku terokai dgn bertatih2.. tup2 sorg budak chinese langgar aku dr belakang.. sikit punya laju dia meluncur tup2 aku jd mangsa dia. waaaaaaa... terduduk aku jatuh.. tp ms jatuh tuh, zaaaapppsss aku tertendang plak org kat depan aku.. seb baek dia xjatuh sama.. suar jeans aku xyah cakap lar lencun. but bukan tu jd mslhnyer.. mcm mana aku nk bgn? tu yg aku risau tuh.. adik aku yg dua org tu duk t'jerit je.. nak tolong??? alahai dorg pon 2x5 ngn aku gak.. berpaut kat dinding je sepjg ms..

dalam aku terkial2 nk bangun, ada lar tgn gagah perkasa duk memaut aku dr blkg.. intai ckt sapa kah penyelamat aku tuh.. alahai siapa lagi.. dah tentu lar hero 'sasa' aku tuh.. cemas gak dia.. duk ulang tanya kaki sakit ker, kaki sakit ker? kaki idak sakit bang.. punggung i nih haaa.. blh retak tulang pinggul bang.. seb baek aku blh bergerak mcm biasa.. dia pon ngajak lar aku meluncur kat tengah.. kat tepi bahaya katanya, sebab sume org fokus kat tepi.. beralih lar kitorg kat tengah.. Aiman dah cekap meluncur. Airel pon blh tahan dah pandai mengimbang badan.

kali kedua jatuh, bla part somi aku ngajo aku meluncur. ceh ckt pye laju dia memimpin aku.. sedar2 dah terduduk gak. nak meluncur ni btoi2 aku xtau. dah byk kali somi aku ajo step dia, aku still lae xblh nk practise. si ayu yg 1st time main ice skating pon dh blh ckt2.. aku aku cekap jalan bertatih2 ats ais tuh.

jatuh kali ketiga, bla memandai2 sndri nk meluncur.. haaaa.. hamik ko, dh xblh nk wat gak.. sapa plak yg bantu aku?? budak2 baya aiman.. weh!! teragak2 aku nk berpaut kat dorg.. kecik sgt. tp dpt gak aku bgn berdiri dgn bantuan bdk2 tuh.. kata aiman, sampai 6 org nak tolong angkat ammy.. hehehehe.. ICE POLICE???? sepjg aku jtuh, ntah mana dorg g tah..

hah.. tu lar pengalaman aku main ice skating.. 1 bdn sakit dan sengal2.. tp bkn bermakna aku dh serik.. xmungkin.. ujung bln nih g lae.. sronok gak.. ank2 pon sronok.. so klu dah aktif main lasak2 mcm mne nk tmbah ank??? kalau aku ngandung, xde hrpan lar nk maen ice skating lg. so bio aku enjoy puas2 dlu, baru lar plan nk tmbh bilangan cucu mak abah..

Thursday, May 31, 2012

DIA JANJI TP....

aiman janji ngn ayah dia siang td akan kol aku mlm ni. tp smpai skrg dia xkol pon. ngapakah? penat aku tggu.

ni dh dkt pkul 1.30 pg, mustahil dia akn kol aku. mungkin dia tgh myenyak tdo. klu ikut jadual pg ni pkul 4.30 dorg dh kena bgn. xpe lar. lg 8 jam je lagi. skrg aku nk tdo. kepala nih pon dh start b'denyut2 sbb b'sekang mata tggu kol dr dia.



p/s gamaknya klu ada rezeki dia sambung bljr jauh2 dr aku, adakah dia akn lupa utk kirim berita pd aku?

Wednesday, May 30, 2012

TIADA KHABAR DARINYA PUN..

rs nyer dh x t'kira brp kali aku duk check hp aku nih sejak smlm. tp xde plak miskol or sms yg msk. aku anto sms xde reply. aku kol xdiangkat. hubby aku kol pon mcm tu juga. apa dah jd? mne aiman nih? dah pesan kat dia smlm, kol ammy slalu bla ada time free. time rehat ke. bz sgt ke smpai x sempat nk kol. or dia sronok sgt smpai lupa nk kol.

hubby dr ptg smlm duk tnya, aiman ada kol x? then soh plak aku kol aiman. mlm td pon sama asyik duk tanya je. pg td sblum g keje pon dia tnya lg. hmmmmm. bkn dia je risau. aku pon risau gak.

tingat plak ms kat dewan smlm. aku igt lps anto aiman duk skjap pastu nk blk. tp hubby aku x b'ganjak xmo blk awal. dkt sejam gak lar kitorg duk dlm dewan tuh. smpai byk kali gak lar staff tuh wat pengumuman, hari ini xde slot ngn ibubapa. hubby aku tetap xb'ganjak. mujur ramai gak ibu bapa yg sama menunggu ank dorg. klu x, malu jugak weh.

apa2 pon aku rindu sgt ngan anak bujang aku skrg nih. dr petang smlm xde mood nk wat apa2. asyik teringat kat dia je. hrp2 hari ni dpt lar dgr sore dia. xsabar nk tggu esok. nk ambik dia blk.

Aiman, kami sume kat dlm umh ni rindu kn aiman. adk lak duk kat tepi tgkap n jerit aiman blk cepat.



p/s sejak Sil aku gtau yop aku ada ckp muka aiman ni mcm muka Amir RL. Airel suka nyakat abg dia dgn pggil abg dia AIMANREKA.

Monday, May 28, 2012

TODAY IS MY BESDAY..

today is my bestday.. kalau fesbok aku ok, sure time nih byk wish yg aku trima dr kengkwn. stakat ni baru 3 org je yg wish hepi besday kat aku..

hadiah blum dpt lg... ye lar hari ni kan weekdays.. so nk celebrite pon kena tggu weekend. hari ni dpt gak wish dr hubby aku.. tp yg x sdapnyer dia plak request gift dr aku.. sepatutnyer aku lar yg mintak adiah dr dia.. ni terbalik plak.. mintak pon bkn calang2 adiah.. ada ka patut dia ni mintak 1 lg 'nyawa' baru. hmmmm.. xpa lar permintaan itu akn aku pertimbangkan..

tahun ni, aku nk mintak apa ye dr insan t'dekat?? blh mintak2 plak ker??? mintak je.. dpt kira ok.. klu dpt benda lain pon ok gak..

Ok.. meh tgk list aku.. so wat insan terdekat pls alert ye.. x mahal pon. kat kedai brg2 kek ada.. korg pilih je... ok..


aku mmg nk sgt benda alah nih.. cutter ring namanyer.. kalau dpt benda nih blh lar aku try wat checkered cake. fuhhh!!! bunyi mcm cengkerit je..

mcm ni lar kek nyer nnt..


ni kalu x silap namanyer cake cutter gak. tp ni slide cutter pye. function dia mcm gambo kat bwh nih.
hah!!! nmpk x betapa senangnyer memotong kek..
 

Ni plak cake rolling stand.


From my hubby lak, aku nak sesaaaaaaaaaaaaaaanggggggggatttt benda ni sbg adiah taun nih....


Kalau xmampu nk kasi yg kat atas tuhhh.. dpt mcm kat bawah ni pon jadi lar...


Kalau dah dapat salah satu yang tuh, baru lar ada feel nk kasi dia yg kat bwh ni plak..


amacam ada iras2 aku x??? hehehehe
( perasan sikit xper kan???)




Ya Allah, murahkan rezeki kami sekeluarga, bahagiakan kami hingga ke hujung nyawa. Sihatkan tubuh badan kami setiap masa. Amin....


p/s gambo2 di atas adalah sekadar hiasan semata2.. Diguna pakai sbg contoh shj. kecuali gambo aku tuh.. yerkk..

MURAHNYEEEERRR STRAWBERRY ITTEW.....


Malam minggu aritu adik aku yg dr bangi ada tanya mcm mana rupa pavlova tuh? maka aku pon tunjuk lar gambo pavlova dlm camera aku. Hmmm... cantik dan nmpk mcm sedap katanyer. Aku pon belek lar balik gambo tuh. Tetiba rs terliur plak nengok gambo pavlova yg aku wat aritu. Sil n adk2 aku yg laen ada lar request soh aku wat pavlova ni, tp buah strawberry n kiwi plak xde stok. nk tggu dorg rs mcm x sabar je.

Esok pg nyer ( Ahad ), hubby aku kol aku dr psr pg. Dia tnya aku nk beli apa2 lg x? dah jd kebiasaannya setiap pg ahad ke psr pg. Beli ikan, ayam bagai. nak soh aku slalu msk lar tuh. So xde lar reason ikan or ayam xde dlm peti ais.

Aku pon amik lar kesempatan soh dia survey kot2 ada org jual strawberry ngn kiwi. mana tau kot2 dpt lg murah. ye lar 2 jenis buah tu mahal lar kat supermarket.

x lama pastu dia kol aku blk. katanya...

 "Kiwi xde lar, yang. Strawberry je ada."

Wahh!! ini sdh cukup baek. dpt strawberry pon jd lar. aku pon tnya lar kat dia...

 "you beli brp biji?"

dia jwb... "setengah kilo.."

aku tnya lg.. "setengah kilo dpt berapa biji?"

 dia jwb blk.. "byk gak lar.. dlm 50 biji.".  50 biji????? banyak tuh...

Lagi lar xcited aku nk tau.. "berapa henggit tuh?"

 Jwbnyer, "lima hengget je."

sikit pye suka aku dgr.. puas lar aku mkn pavlova klu mcm tuh. Dlm pala otak plak duk rangka nk try resepi lain berasaskan strawberry lar mcm nih.. ye lar kan.. dah 50 biji tuh. Aritu aku beli strawberry 1 pek ada lar dlm 8-10 bj.. regenyer rm10.. ni dah kira b'baloi2. pasni klu nk mkn strawberry blh cari kat psr pg je. suka2..

Pastu aku trus cite kat adik aku, betapa murahnya strawberry kat psr tuh. mcm xcaya je. Dia pon terkezut gak.. tu msti masam, komen nyer.. Aaah.. msam pon masam lar.. nnt letak kat povlova yg manis tuh x terasa masam sgt lar. xsabar nunggu hubby aku blk. air liur nih ckt pye cair.. duk kena telan jer.

nnt bla dah wat pavlova tuh nnt, blh lar aku jemput sil n adik2 aku yg laen makan. dah terbayang betapa sedapnya pavlova tuh.. meringue nyer yg manis, ditambah pula toping nyer yg b'cream tuh dan buah2 yg masam manis.. waahhhhh!!! sedapnya..

Xlama pastu hubby aku pon blk. Rasa nak terkam jer dia bla dia buka pintu. Tp kawal diri sikit. jangan lepas laku..Dia pon letak lar plastik beg atas meja. Walawehhhhh.... xtau nk ckp apa dah... tgk je lar 'buah strawberry murah' yg dia beli tuh..




Nak nangis pon ada, nak ketawa terbahak2 pon ada, nak marah pon ada..Macam2 ada.. Aduyaiii somiku, APTB..





p/s  kalau mula2 tadik duk meleleh air liur, kali nih kena telan air liur je lar... T____________T




TGGL 1 HARI SAJA LAGI.

lg 1 hari saja lg, slps tuh aku akn b'pisah selama 3 hari ngn ank bujang aku. huhuhuhu. mula2 mmg confident je aku nk anto dia ke summercamp kat kl nuuu. tp bla hari tuh smkin dekat smkin kuat lar plak debaran nih.

risau gak aku. blh ke si Aiman ni jg diri dia sndri. pandai ke aiman uruskan pakai mkn dia? ada ke kaki buli kat c2? blh ke aiman suai diri kat sner nnt? mcm mne tmpt penginapan dia nnt? kata hubby aku dorg akn tdo kat sek. atas apa ank aku tuh akan tdo. waaaaaaaaa risau nyer. rs mcm aku nk g skali camp tuh.

brg2 keperluan aiman sume dh beli. tggl nk pack je nnt. aku ngn hubby spakat nk soh aiman bwk hp dia, senang kami nk contact dia tnya khabar or senang gak dia nk hantar berita. tp risau gak kalau2 ustaz tuh xbg bwk. klu mcm tuh kena lar spare syiling byk2. kot2 ada public phone blh aiman kol kami.

td tuh, aku dh bg sedikit sebyk taklimat pd aiman. hrp2 dia blh lar ikut apa yg aku dh pesan kat dia. waaaaaaaaaa. sedih nyer. seumur idup dia xprnh lar aku lpskn dia utk g mne2 kalau bkn dgn org yg aku percayai. ni lar 1st time aku anto dia duk b'sama org yg aku xkenali. Ya Allah lindungilah anakku. Amin.

berbeza ngn aiman mula2 mmg dia ckp xcited nk g. tp bla dgr taklimat aku yg pjg lebar, ada gak t'luah rs gementar dia. apa lar aku nih. dh takut2 kn dia plak. kwn dia yg kata nk g sama tiba2 tarik diri plak. alahai. kalau ada kenalan dia xde lar aku risau sgt.

aku bkn apa anto aiman ni ke summercamp nih dgn hrpan smoga blk nnt dia akn berubah. xdpt byk ckt pon dah alhamdulillah lar. apa2 pon hrp2 semua b'jln dgn lancar.

minta semua pembaca blog aku ni doakan keselamatan aiman. tks guys.


p/s wlaupun aiman dah 12 thn, aku msh aggp dia ank kecikku. sbb tuh aku x prnh izinkan dia kemana2 tanpa aku kecuali ke sekolah je.

Friday, May 25, 2012

HEPI NYER BLA DORG SUKA....

smlm wlaupun marah msh membara aku wat gak kuih utk kindergarten ank aku. arini dorg ada wat birthday party utk sume murid yg dah nyambut sepjg jan - jun. asalnyer xmo lar wat sbb ank aku lahir aug so mmg cikgu xmintak pon. tp bla mak 'upin' mintak tlg aku anto bahulu kat sek. aku pon kena wat somthing lar. klu tetiba je si 'ipin' ni tanya dia pye side mne, aku nk jwb pe. so pike pye pike, aku wat apam polkadot lar. bdk2 msti suka. kecik comel then colorful.

mlm tu gak aku wat. klu nk wat esok slps subuh tkut xsempat plak. tp tu lar kan, bla nk bg org mkn, apam aku tuh x brp nk naek gebu lar kan. sukatan dh btoi. pukul adunan ckt pye cantik naik nyer tp idak gebu gak. geram gak. tp sbb bdk2 yg mkn kan, alah mne lar dorg tau gebu ke idak. hentam je lar.

apam kali nih aku pelbagaikan coraknyer. aku wat corak ladybud, bunga, pokok, abjad yg membentuk HAPPY BIRTHDAY. tp dot2 tetap ada gak. sbbkn x brp nk gebu, idak lar aku snap gambo.

bla anto ke kindergarten, ati b'debo gak. suka ke bdk2 ngn apam polkadot aku nih. blk si airel td, atas motor gak aku interview dia. "cikgu ada ckp apa2 x psl kuih ammy?" ckt pye sronok dgr dia cite. katanyer sume cikgu puji apam aku. sedap lar, comel lar, cantik lar. sampaikan ada cikgu siap tgkap gambo lg tuh.

bdk2 pon duk serbu apam tuh dlu. kata airel, dorg xusik pon kuih dorg. dh abis kuih aku baru dorg sentuh kuih yg lain. hehehehe. kembang gak rsnyer. dlm xgebu xgebu tuh, laris apam aku tuh. siap aku tnya lg kat airel. "suka x org puji ammy airel?" dlm sengeh2 airel ckp,"suka lar."

mmg sronok bla org puji hasil air tgn kita. tp bla org komplen mmg ada rs down ckt. tp slalunyer aku bangkit blk dr kesilapan. ok lar smpai kat cni je. cam biase lar, ank2 dh merengek ajak turun. tp kali nih aku kena b'hati2 bla nyembang. tgn jgn goyang2. k babai.

Sunday, May 20, 2012

TEBUS KESILAPAN ARITU..


 Assalammualaikum...

Ptg ni xde benda yg blh aku wat. So kebosanan mula membatasi segalanya. macam biasa lar, bila dah bosan.. galaxy tab aku capai. online intenet. jerngah blog2 org. cari resepi. Hurmmm.. hajat di hati mmg nk cuba wat butterfly rainbow cup cakes.. tp kat umh nih xde plak papercup putih.. Bukak plak peti ais.. check stock brg.. tetiba jer mata t'pandang gugusan anggur yg hubby aku beli pagi tadi. Wahhh ini sdh cukup baik.. Buah2 balance wat pavlova aritu ada lg.. apa lagi kali nih akan aku tebus kesilapan hari tu.
 

Telur ngam2 ada 3 biji. Harap2 sume ok lar.. xde yg dh rosak. Alhamdulillah.. elok pon.. Klu x kena lar pecut g kedai. kedai aisoh kat bwh nih tutup plak. klu x senang cite. xde lar risau sgt. Mcm biasa lar, dlm confident aku m'baking blh wat silap gak..

Di saat nk masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung.. aku dh t'salah masuk bahan... Waaaaaaaaaaa... sepatutnyer masukkan tepung jagung.. aku p letak tepung ubi kayu.. t'sedar kesilapan pon sbb ms nk ikat bungkusan tepung tuh baru t'perasan. Seb baek x gaul sebati lg. Ms tuh mmg rs nk maki hamun diri sendri. So kena lar kaup perlahan2 tepung ubi yg blum b'campur ngn meringue. yg mne aku nmpk tepungnyer sume aku kaup. sikit2 yg xnmpk tuh kira halal lah ya..

hurmmm.. buat utk mkn sndri pon dh selalu silap.. cam ner lar nk wat utk org.. nasib bdn lar klu mcm nih..


 Aritu aku wat sebiji bsr.. kali nih aku wat kecik je. dpt lar 2 biji. pastu kak ipar aku kata kena meriahkan dgn buah2 an.. So aku susun buah2 membukit.. Creamnyer sbb mmg aku xsuka so aku wat ckt je.. tu pon pukul ala kadar sbb xmo pisang berbuah 2x. tp kali nih xrisau sgt sbb aku ada stok bsr pye.

Aku sbnarnyer xtau mcm mne syarat2 wajib wat pavlova nih.. so aku pakai hentam je.. btoi ke idak blkg cite.. janji sedap.. mmg sedap pon. buat kali kedua nih mmg puas ati. Ank bujang aku pon puji.. kak ipar aku pon puji.. aku pon puji diri sndri dlm ati.. hik3..1st time buat tuh bkn xsedap tp t'lebey cream t'kurg buah.. Skrg nih hamik ko.. igt nk letak tggi lg tp takut rebah plak..



buatnyer senang tp costnyer mahal.. klu takat skali skala xpe lar.. ni strawberry je sekotak kecik dh rm10.. kiwi sebiji kat cni rm2.. fresh peach sebiji rm5 (aku pkai peach dlm tin jer).. blum kira anggur lg.. sndri kira lar.. tu x t'msk buah2 lain.. idak lar aku mampu..

tp klu ada sesapa tingin makan.. beli brg2 aku blh tlg buatkan.. tp risiko tgg sendri yep.. hahahaha..

Saturday, May 19, 2012

KEK KARAMEL KU.. DAH ADA GAMBO.

 camne nk upload gambo guna tab nih? duk godek2 xmo gak kuar2. so xde bhn bukti lar ye. bkn pe slalu bla aku baking2 nih slalu aku post kat fesbuk. blog ni dianktirikan. tp bla fesbuk still lae xblh nk login, t'paksa lar guna blog. tp blog plak duk merajuk xmo kasi aku tumpang post gambo. so dgr cite je lar ye korg ye.

arini xde benda yg menarik aku blh buat. nk layan tv, astro decoder aku blum tukar lg. ni gara2 tukar pvr lar nih. dpt plak yg rosak. 2 hari 2 mlm xdpt nengok tv. boring nyer xyah ckp lar.

mula2 budget nk m'bkr ptg. tp Mata plak xblh nk bukak. so lyn tdo dlu. mlm plak pas msk cincai2. ada plak ms t'luang. m'geletik ati nk m'baking. so ape lae bhn2 dh lama standby. go on je lar.

mlm ni aku wat kek karamel. bhn2 nyer xbyk cuma byk step je. xpe bkn ssh mne pon. satu persatu step aku wat. tp bla smpai bab nk wat kek, baking powder aku ilang setin. walaweh.. mne plak g nyer. padahal xde lar aku sepah2 kan brg2 baking aku merata2. mmg selonggok je aku letak. cari pye cari x jumpa2 gak. geram seh.

so, mau xmau t'paksa tebalkan muka mintak baking powder kat jiran. hahahaha.. kebiasaannyer dorg lar yg rajin meminjam brg2, pinjam loyang lar, pinjam pewarna lar, pinjam penimbang lar. Kali ni turn aku plak meminjam.

dah pinjam baking powder tuh, dlm duk gabra slh sukatan lar plak. resepi soh letak 1 sudu teh. aku letak 1 sudu bsr. hamik ko. dh siap bancuh bru sedar kesilapan. apa lar aku nih, klu x buar silap mmg xsah idup. doa dlm ati smoga kek aku x t'jejas lar.

pastu bla smpai turn nk msuk dlm oven, 1 kes lg wat aku resah. sbb wat kek karamel nih loyang kena lapik 1 lg loyang bsr berisi air. 1st time nk wat mcm tuh. t'pike gak klu air tuh mendidih xke melimpah dlm oven. dlm risau aku turutkan gak. dkt 10x aku ulang alik intai kek dlm oven. seb baik cukup time xde benda yg x diingini b'laku.

akhirnyer siap lar kek karamel aku. rsnyer? aku rs sesudu dua jer. mcm biasa ler ank2 yg duk berebut jd tukang rs. b'ulang dorg mkn. last2 gamaknyer dh muak. karamel tuh je yg dorg sental. kek t'usik lg dah. kira sedap lar tuh.

tp tekak aku plak xblh msuk. maybe bau karamel tuh kot yg wat aku loya atau pun dh jd habit aku suka msk tp xsuka mkn. tu lar igtkn nk post gambo tp xblh plak. nnt2 lar aku Cuba usahakan. aku ni wat keje mudah je. bkn xde dgtal kamera tp maleh nk psg usb kabel. nk guna kamera Dr hp plak, Bluetooth kat laptop aku dh b'kurun bengong. xtau setting problem ke or aku yg xbrp nk cerdik.

maka spt slalu aku guna kamera kat galaxy tab aku nih. tp yg xbest nyer kamera nih xbrp nk cantik snapnyer. kekdg t'lebih gelap. kekdg lak t'lebey lighting. ikut suka ati dia je. padahal dh setting btoi2 dah. ahhh lantak lar. janji ada Dr xde kan. sekurg2 nyer ada lar gambo kenangan.

apa xtiviti aku plak esok? byk weh. antaranyer nk bwk ank2 g tgk wayang. cite nangkrong. xpon aku nk tebus blk kesilapan aku dlm penyediaan pavlova aku tuh. buttercream pon aku blum try wat lg. stok brg dh lama duk dlm peti ais tuh. igt nk blajo wat kek cream. senang nk wat ms besday party nnt.

ok lar. sampai kat cni saje. see u soon.

akhirnyer terpaksa gak beralah.. guna gak step paling re'ngah sbb nk upload gambo gak... tp yg sadisnyer tggl sepotong je.. tikus kepala itam curi mkn sblum aku sempat snap gambo kek aku nih.  Dah tu potong pon xcantik.. huhuhuhu.. ignore jer lar yerk..


Friday, May 18, 2012

NAK SGT KAN??

hari ni blk je Dr opis perut dh b'keroncong. pg td aku jamah maggi goreng je. mne nk kenyang. nk g kdai mkn, maleh plak hari tgh pns terik. maka aku pon wat lar menu ala kadar.

tgh duk sibuk2 msk, tetiba "keceburrrrr". bunyi tu dtg Dr bilik air. dh tuh berulang byk Kali lak tuh. aku dh cuak. si airel t'sembam dlm kolah air ker? tp b'tgguh aku pon meluru ke bilik air. Astagfirrullahhalazim.. mengucap pjg aku. bkn si airel t'sembam tp elok je dia duk dlm kolah tuh. wat mcm swimming pool. tgk plak kat lantai bilik air, showel gel yg spatutnyer sapu kat bdn dh putih melepak kat lantai.

apa lg, zapps n zapppps lar dia kena. baru je aku isi penuh showel tuh dh tggl suku. ni bkn 1st time showel gel abis sblum waktunyer. dh byk Kali dh. slalunyer 2 pek refill blh thn 1bln 1/2. ni dh brp Kali aku isi. warning dh bg, tp ank2 aku ni takat ckp je ada dorg kesah. hah arini amik ko.

sbb dpur tgh berasap, maka aku minta lar pertolongan Dr si abg utk bersihkan bilik air tuh. xlama lps tuh si abg pon kuar lar dgn b'tuala siap mandi. bla si adk nk ngikut kuar aku halang. ya la org slh msti kena jlani hukuman kan? suka sgt main dlm bilik air kan? hah duk lar ko dlm bilik air tuh jgn kuar2. meraung gak si kecik tuh.

si abg ni msk dlm bilik nk b'siap. xlama pastu dia kuar blk. Kali ni x b'tuala. cantik je b'bogel. skali LG aku ngucap. dia kata nk g toilet. so apa mslhnyer nk g toilet tp pkai lar tuala. klu kecik xpe. ni anu tuh dh kena kerat pon msh xde perasaan malu ker? aku ni yg t'pandang pon naik malu alah.

so klu yg sorg td suka main dlm bilik air, aku kurung dlm bilik air. yg ni suka b'bogel maka aku bg lar dia b'bogel. amik ko sorg sebijik. ank2 aku ni ntah lar. baru 2 org dh mcm2 peel. naik serabut kepala otak. tp dlm nakal2 dorg pon, patuh gak dorg ngn arahan aku. tp tu lar setiap benda kena sebut kena ulang. kalu aku diam, xjln lar jwbnyer. mcm mne nk tmbh sorg LG klu b'dua ni pon x t'kwl? sabo je lar...

AKU DAH XDE FESBUK.

halamak! fesbuk aku tetiba xblh nk login. camne nk wat nih? rs2 nyer xprnh plak aku nukar password. xpe lar wat sementara nih xyah b'fesbuk lar aku. huhuhuhu. lgpun xsume org sedar pn kewujudan aku Kat c2. gamaknyer aku ilg pon xde org perasan kot.

xpe lar. so sesapa nk kasi info b'kenaan p'kembangan kwn2 sila contact aku je lar. tp klu no hp aku pon mmg xde dlm simpanan korg, nk wat mcm mne kan? so itu je aku nk gtau.

Thursday, May 17, 2012

PAVLOVA PUNYE PASAL.

Walaweh.. Mlm nih frust giler aku. Seb baek dh larut mlm klu x mau je aku pecut. Ni sume kes t'lebey pandai. Mslhnyer skrg t'lebey pandai tuh bkn sbb memandai2 tp xtau sbnrnyer. Sumpah mmg aku xtau.


Pavlova.. Bunyi mcm menarik jer. Rupanyer pon mcm sdap. Bla org ckp rs seakan mashmallow, trs aku decide nk try buat. Ye lar, aku ni suka sgt ngn mashmallow tp yg halal ssh sgt nk cari. Yg was2 tu byk lar.


ptg tu gak aku pecut g beli brg. sbb bhn2 lain mmg dah Ada kat umh so aku g econsave Jew lar. . . tp sygnyer xde plak whipping cream kat c2. t'paksa lar aku g beli kat kedai kek. bkn apa maleh dah nk cari kat kdai lain. kat kedai kek dah kompom Ada kan. so aku g lar kedai kek bagus. 1st time g sner. kopak gak aku. sume benda aku nk beli. dlm pada tuh aku nih yg dh t'over budget, t'paksa amik lar whipping cream kotak kecik je.


blk umh, lepak2 skjap pas maghrib aku pon start lar baking. tp Kali nih ckt pye nervous. ati nih t'lebey plak gabra nyer. tgk meringue Dah cantik naiknyer. buah2 pon dah siap potong. smbil2 tggu meringue sejuk, aku pon start pukul whipping cream. dlm resepi dia kata pukul smpai b'krim. aku pukul dah elok gebu tp xde plak b'krim. maybe klu b'krim LG sedap kot. aku pon duk kusyuk pye pukul. tup2 tetiba je whipping cream tuh b'air blk. ati nih Dah cuak. apasal lak tetiba Cair. agak dah msti aku t'derhaka nih. aku stop kejap then online tenet.


research napa whipping cream aku Cair. ate beno lar aku Dah t'langgar pantang. T______T. waaaaaa cam ner nih? meringue Dah tggu dihias bagai. nak nangis pon ada. ikutkan ati nk jerk aku ajk hubby aku pecut g giant. rsnyer klu naek motor smpat kot sblum giant tutup. tp d sbbkn aku tgh xkwn ngn hubby aku, maka pendam rsnyer je lar. huhuhuhu. seb baek lar sume org dah tdo klu x sapa lar jd mangsa keadaan tmpt aku lps geram.


padan muka aku. tu lar sapa soh memandai2. hah amik ko. kesudahannyer xjd lar pavlova aku tuh. duk lar dia diam2 dlm peti ais menanti esok hari. xdpt lar opismate aku merasa pavlova aku. hhuhuhu. mmg dah jd kebiasaan, klu aku nk bg kat org merasa homemade aku nih msti ada je yg xkena nyer. mcm kena sumpahan lak. padahal aku dah perbetulkan niat aku tp tetap gak xm'jd. klu b'terusan mcm nih cam ner aku nk bukak bisness? cer ko pike.


xpe lar sekurg2 nyer aku dah dpt pengajaran. next time kena b'hati2 ckt. then beli brg tu bio b'lebey jgn t'kurg. Dh tu jgn baking mlm2. hrp2 esok sume b'jln lancar. dlm redha tuh tingat gak bazir jerk duit aku beli whipping cream tuh. seb baek beli kat kedai kek, so murah lar ckt. murah2 pon duit gak kan. dah lar kdai kek tuh jauh. sabo je lar.

Friday, April 6, 2012

JIKA KALIAN DI TMPT AKU..

kekdg dlm mendidik ank2 ini aku rs kn aku perlu lebih smart dr dorg. kena lebih berhati2. xblh amik mudah satu2 benda. dan utk itu, aku kena kerja keras. xblh nk skip2 apa step. yg paling penting aku xblh mempercayai 100% ank aku.

aiman mmg bijak. sygnya kebijakkan itu disalahgunakan. dia pye byk idea utk membela diri jika dia buat mslh. klu org luar mrk akn mudah terpedaya dgn alasan dia.

smlm, aku menunggu dia pulg dr sek sambil menyembang dgn 2,3 org jiran. ank2 jiran aku dh lama sampai ke rumah. tp aiman tetap x nmpk btg idungnya. selang beberapa minit, dr jauh aku nmpk seakan kelibat dia. yg m'jd kemusykilan aku, knp pula 'aiman' b'patah semula ke arah sekolah stlh menurunkan rakannya selang 2 blok. jiran2 aku pun turut yakin bdk td adalah aiman.

aku menanti dgn penuh sabar. hampir 10 minit berlalu, seorg lg bdk muncul dr celah kereta x jauh dr tmpt bdk pertama turun. pelik juga kami kedua bdk td mmg slalu pulg b'sama. mengapa kali ini, mrk pulg berasingan. namun aiman masih tdk nmpk kelibatnya.

lebih kurg 10 minit kemudian, barulah aiman muncul. rakannya yg mengayuh basikal dia manakala dia membonceng. ketika mrk berdua berbasikal menghampiri aku, aku lihat dgn cukup jelas wajah aiman yg m'curi pandang ke arah kami berselindung di balik tubuh rakannya.

tatkala mrk berhenti di depan kami, aku lihat wajah aiman b'kerut2 seolah2 menahan sakit yg teramat sgt.
"acik, td kami jumpa aiman tepi sekolah. dia menangis. dia ckp kepala dia sakit sampai nk bwk basikal pon xblh. sbb tuh sy bwk dia blk." kata rakannya itu. dan lagak aiman pula? mmg mengundang konfius aku. siapa pula bdk yg kami nmpk menurunkn rakannya td?

mmg aiman slalu mengadu sakit kepala. kekdg aku xpasti kebenarannya. slalunya sakit kepalanya dtg menyerang tiap kali dia ditugaskn buat exercise. sampaikn hubby aku ckp ingin bw dia ke specialist mata. klu btoi dia menipu kami, bkn kh 1 beban lg yg terpaksa kami pikul?

td, aku mengarahkn dia m'buat latihan di dlm bilik dgn pintu bilik terbuka. ntah bagaimana aku terlelap. kemudian terjaganya aku, aku lihat pintu bilik tertutup rapat. aku kembali mengarahkn spy dia m'buka pintu itu. skali lg aku terlelap. dn bla terjaga pintu bilik kembali tertutup.

buku latihan aku minta dr aiman. dia menunjukkn latihan yg dia buat.
1st, aku lihat latihan itu ada bekas dipadam pd jwpannya. tanda bulat dipadam dan ditukar kpd tanda garis. bla kutanya dia m'beri alasan tanda bulat itu dipadam dan digantikan tanda garis krn tanda bulat merupakan tanda pembetulan. tanda garis adalah tanda soalan pertama kali dijwb. TAPI..seigt aku, latihan yg dia buat itu prnh dibuatnya sblum ini tetapi aku tdk menanda ( / ) atau ( x ) sms aku menyemak latihan dia dlu so utk itu aku tiada bukti.

2nd - aku tergerak hati utk melihat jwpan blkg buku yg beberapa mggu lps aku staple kn. peliknya tmpt staple di kertas itu sdh terkoyak. aku staple 3 tmpt dan ketiga2 tmpt itu tlh terkoyak dan menyerlahkan jwpan. bla ku tanya pd aiman, dia memberitahu aku, buku itu tlh jatuh dan menyebabkan staple2 itu terlerai dr paper. dan dia juga memberitahu dia tlh mengadu hal itu kpd aku dan aku katanya hanya buat xtahu. wah! satu tuduhan yg agak keras.

bkn skali dua dia mereka cerita sehingga aku xtahu ingin buat apa lg dgn dia. hati aku terlalu sedih diperbodohkan ank sendiri yg baru berusia 12 thn. aku benar2 buntu. aku xtau amaran apa yg perlu kuberi lg kpd dia. aku xtau kata2 nchat bgaimana lg yg harus kuberi pd dia.

knp dgn dia? sehingga kini aku tercari2 mana salah aku dlm mendidik dia. sjk kejadian tempohari, akutdk lagi memukul dia hanya mulutku saja yg m'bebel tp aku lihat semakin galak dia memperbodohkan aku. arahanku smkin hari smkin tdk diperdulikannya. dia seakan kebal dgn semua hukuman.

ikutkan hati aku mahu saja menghantar dia ke rumah mana2 ustaz dan berharap ustaz tersebut blh brainwash dia sbb aku rs dia sdh hilg respect dgn kami suami isteri. dan aku sememangnya sdh penat.

Monday, April 2, 2012

SENANG BTOI JG ANAK.

entry aku kali nih ala2 ngumpat pon ada, ala2 lps geram pon ada. t'pulg lar kat korg nk definasikan entry aku kali nih yg mcm mne. nk wat berlagak baik pon xguna sbb klu org dh benci, buat baik pon org tetap benci.

ok. ni cite psl sorg jiran aku nih. duk tgkt atas. bru pindah cni dlm 5-6 bln gitu. dia nih ada 9 org ank yg berumur antara 16 - 1 thn. skrg nih tgh ngandung ank yg ke-10. dh 6 bln dh. 8 org ank dia lelaki dan 1 org ank pmpuan. alahai klu dh rmai ank lelaki, so phm2 jerk lar situasinya.

mggu lps, ank sulung dia yg 16 thn tuh dituduh dgn cubaan merogol. seb baek ada org dgr bdk pmpuan yg nk dirogol tuh m'jerit. lintang pukang bdk tuh lari dek kena hambat ngn org ramai. dh kena cekup, dpn mak dia, dia create cite lain. yg nk dirogol tuh sepupu dia gak ( ank adk mak dia ). demi nk m'pertahankan ank dia, mak dia buruk2 kn bdk pmpuan tuh. ckp bdk tuh 3 suku. dh prnh kena rogol ngn org dlu. mcm2 lar dia jaja cite.

hari khamis mggu lps, ank kedua n ketiga akak tuh, accident. bdk2 tuh naek motor. xtau sapa langgar sapa. teruk gak dua bradik tuh. smlm plak, sorg lg ank dia accident. yg nombor 5. umur dlm 8 thn kot. bdk tuh menonong kuar flat ngn beskal n lggar kete yg lalu. depan mata kitorg lg tuh. beskal yg bdk tuh naek bkn beskal dia. beskal org lain. truk gak beskal tuh. seb baek bdk tuh x cedera truk. paling x maybe terseliuh jerk kot.

dah lar accident, mak bapak bdk tuh blh x turun tgk ank dia. si abg yg sulung tuh jerk yg dtg tgk. bkn nk m'bantu si adk. tp dibelasahnya si adk. ditumbuk n ditendang berkali2. dr x berdarah mulut smpai berdarah mulut bdk tuh. nk jerk aku sound bdk2 tuh, tp ada plak suara sumbang duk halang aku. bla dipike2 kn bodoh aku ikut ckp dorg. tp klu aku x ikut plak, dorg akn tuduh aku b'lagak baguih. mmg slama nih, dorg pike aku mmg b'lagak tp lantak lar.

akak nih pun satu hal. senang sggh jaga ank. ank dia yg 2nd last tuh slalu dibiarkannya duk main sorg2 kat bwh flat. bdk tuh bru jerk umur 2 thn lebih. brani sggh dia lpskannya. n bdk tuh plak x tau takut. kekdg lintas jln sorg2 g tmn. byk kali dh sound akak tuh, tp xjln. sejak kes dirang tuh, baru lar kurg ckt nmpk kelibat bdk kecik tuh. tp kekdg dia turun gak main tp ngn kakak dia yg umur 5 thn. sama gak lar kan.

ntah lar, aku nih cukup takut klu ank2 berkeliaran tnpa pengawasan aku. tp ada org xkisah ngn ank2 dia. maybe dh ramai sgt kot so, hilg 1 pon xde hal kot.

Saturday, March 17, 2012

BILA TERASA AJAL SEMAKIN MENGHAMPIRI

11 March - Omar Peter dan anaknya Zara Eleena ditemui mati dibunuh di rumah mrk di Tmn Kinrara. - Omar Peter merupakan bekas staff Sony, tempat hubby aku bekerja. menurut hubby aku, arwah baru saja retired bln Jan lps.

14 March - Bomba Selam, Mohd Tajul Ariffin dikhuatiri lemas setelah menyelam dlm operasi mengesan kontena yg jatuh ke laut di dermaga 14, Northport. Mayat mangsa ditemui terapung pkl 3 pg smlm.- Arwah merupakan jiran sblh rumah abg aku.

Al-Fatihah buat kedua mrk.


sumber-akhbar tempatan dan insan t'dekat.

Tuesday, March 6, 2012

AIR PANDAI KAN?

Hari ni aku nk xmo story benda2 yg memeningkan kepala tp arini aku nk story benda2 yg mencuit ati. Actually nak cite psl keletah Airel. Sejak menjak nih dia nih pandai sggh ngambik ati aku. Cakap2 dia pun kekdg ada klakarnya.

Ada skali tuh, aku tgh marah2 abg dia.. Gamaknya dia rimas bising2.. dia pun ckp mcm nih kat aku.
"Ammy, jgn lar marah2 Aiman lg. Air kan ker baik? Air pandai kan?" Pelikkan dia ckp mcm tuh. Sbnarnya dia jdkan diri dia pemujuk aku. Sbb dia baik n dia pandai so xpyh lar aku marah2 abg dia tuh.

Ada plak 1 hari tuh, dia sound abg dia..
"Aiman nih, pergi pakai bedak, sikat rambut tuh.. mana ammy x marah."

Airel nih mmg klu lps mandi dia suka berdandan. Kekdg dia wat sndri rambut pacak. Muka lak x pyh disuruh2 berbedak, dia tau nak buat sndri. Tak kira lar siang ke mlm ker, dia msti sembur perfume. Kekdg nk ke sekolah pun dia nk letak perfume.

Kalau blk sekolah lar plak, dia akn buka buku n tunjuk kat aku apa yg dia bljr kar sekolah. X pyh nak tanya2.. x pyh nk suruh2.. Selalunya dia plak yg akan ajar aku.

"Ammy, nmpk tak nih.. gambar nih x sama dgn gambar nih kan? kalau x sama kita wat mcm nih. kalau sama kita bulatkan." hari2 dia mengajar aku apa yg dia bljr kat sekolah. Kekdg tuh ayah dia pun dia ajar sama.

Dia nih paling suka kertas ngn pensil. Dapat jerk kertas dia akan melukis. Kalau x melukis dia akan menulis. Dia suka tulis nama2 org.

" Ammy, cam ner nak tulis nama Aiman?"
" Ammy, cam ner nak tulis nama Ammy?"

Lps dia tulis nama, dia akan lukis gambar sorg2. Prnh 1 hari, ms aku duk ralit ajar abg dia, dia yg duk mengadap kertas sorg2 merengek2. Kemudian menghempas2 diri. Bla aku tnya, knp. Dia tunjukkan kertas kat aku. Rupa2nya dia tgh mengira tambah. Yg klakar nyer soklan tambah tuh dia buat sndri. mula2 dia wat yg senang2, 3 + 2.. Bla smpai 9 + 8, dia dh xblh nk kira. Alasan dia, jari dia x cukup. Nak tergelak gak aku. Bla abg dia tnya knp wat soklan ssh2, dia jwb, mne dia tau.

Kekdg tuh dtg gak penyakit malas dia.. Alah nak pujuk dia senang jerk. Puji jerk org lain, abg dia ker, kwn2 dia ker.. msti t'mkn pujukan pnye lar. Tp dlm baik, nakalnya ada gak. Dia ni pantang lepa tgk org diam. Dia sure nk menyakat. Tp setakat menyakat lar. Jrg dia menyakitkan org lain kecuali tdk disengajakan.

Sbb tuh aku maleh nk bwk dia turun main ptg2 kat bwh. tabiat menyakat dia nih kekdg mkn diri sndri. Mana kan tdk, kekdg bdk2 lain x thn disakat, dia dorg hempuk. So, aku rs lg aman dia duk dlm umh.

Aku hrp Airel ni bla bsr nnt akan bertambah baik. Rajin belajar, patuh ckp aku. Hrp2nya mcm tuh lar. Aku dh bljr dr kesilapan dlm m'didik si abg, so aku xmau ulang kesilapan yg sama pd si adk. Cukup2 lar kepayahan yg aku terima nk melentur buluh smula. Tak mahu aku pisang berbuah 2x. Cukup2 lar.

Monday, March 5, 2012

SEKALI LAGI..

"Ammy, nak duit.. Aiman nak beli tali kasut." Pintanya awal pg tadi.
"Kenapa dgn tali kasut yg lama tuh?" Tanyaku.
"Yang tu xblh pkai dah. Tali dia dh besar. X blh msuk dlm lubang kasut." Itulah alasannya.

Secara logik.. Benarkah tali kasut tuh blh jd besar? Tali kasut bknnya cacing ataupun ank ular yg blh membesar secara tiba2. Nampak sgt bedaahnya. Itu hanya alasan dia krn dia tdk menjumpai barang satu pun tali kasut. Maka dia mereka 1 penipu yg disangkanya munasabah.

Dia sgt2 bernasib baik pg tadi krn aku tak memanjangkan perkara ini. Kalau aku trus bersoal siasat pastinya tdk ke sekolah lah dia hari ini. Paling x, aku akn sekolahkan dia kat rumah nih. Cukup pantang bg aku kalau ada org dlm rumah nih menipu. Aimanlah antara org yg suka sgt menipu. Hampir setiap hari, aku akn m'dgr penipuan demi penipuan dr mulut dia. Sehingga aku serik utk m'percayai setiap kata2 dia.

Berbeza dgn Airel. Si kecik ni juga suka menipu. Tp dia segera bercakap benar jika m'dgr ugutan dr aku. Misalnya..
"Siapa buat sepah nih?" Tanyaku pada suatu hari.
"Bukan Air.. Aiman yg buat." Jwb Airel dgn muka yg tersengeh2.
"Cakap btoi2.. Kalau x, ammy pukul." Ugutku.
"Air buat." Spontan dia mengaku. Kan senang mcm tuh.

Kalau dgn Aiman, benda tuh akan berpjg2an. Dr 1 alasan ker 1 alasan dia mereka cipta. Sehingga kadang-kala hilg kesabaran aku. Ssh sgtkah dia mengaku salah. Paling x, hanya sekali mrh saja krn perbuatan dia. Ini sdh lah buat slh kemudian menipu pula. misalnya,
"kenapa Aiman koyak buku?"
"Masa Aiman buat latihan, Adik dtg kacau Aiman pastu dia koyakkan buku tuh."
"Cakap btoi2.. Siapa yg koyakkan. Jgn nak menipu."
"Aiman tak sengaja terkoyak buku tuh. Lps tuh Aiman takut ammy marah. Sbb tu Aiman sorok."
"Aiman tak sengaja koyakkan buku tuh ker sbb Aiman x mau buat latihan kat kertas tuh?"
"Erkkk.. Aiman tak tau nak buat. Aiman takut nak tanya ammy."

So, korg rs mne satu jwpan sbnar dia? mcm mne nak ajar dia spy jgn menipu. Aku nih dh puas menangis sbb utk Aiman nih aku tak tau nak nasihatkan dia mcm mne lg.

Mungkin korg kata alah Airel n Aiman tuh berbeza sbb umurnya. Nnt Airel dh bsr pun lebih kurg gak mcm abgnya. Sbnarnya, Aiman pandai berdolak dalih sejak dia seusia dgn Aiman. Mcm ni citenya...

Satu hari, aku n suami blk ke rumah. Ms itu, Aiman tggl di rumah bersama adik aku, ayu. Sampai saja kat umh, aku tgk mulut Aiman penuh dgn kesan2 putih. Suami lantas terpandang asam anggur kecut (yg warna putih2 tuh) kat ats sofa. Sbnarnya kami tak halang dia nk makan asam tuh tp waktu tuh baru pkl 9 pg x silap aku, so tkut nnt dia sakit perut. maka suami aku pun sengaja tanyakan kenapa mulut dia putih. macam nih jwb dia.
"Mne ada mulut aiman putih." nafi dia pada mulanya.
"pergi tgk kat cermin." Arah suamiku. Dia berlari msk ke dlm bilik dan memandang cermin. Aku mengekorinya dr blkg. Dia termenung kemudian memandang di setiap sudut bilik. Pandangannya terhenti seketika pd kipas berdiri aku.
"O... td aiman letak muka aiman dkt kipas tuh. Tu yg mulut aiman jd putih tuh." Sbnarnya dia ternampak sawang2 di jaring kipas. sangkanya sawang itu berwarna putih.
"Hurmmm.. pergi lar ckp kat ayah." Dia pun berlari mendapatkan suamiku. Apa yg diceritakan kpd aku td, itulah yg dicerita kpd suamiku.
"Aiman, sawang tuh warna kelabu bkn warna putih." Jelas suamiku. Skali lg Aiman memandang setiap sudut ruang.
"Tapi, ayah.. lps tuh Aiman jilat dinding." Katanya bersungguh2. Mmg ms tuh dinding rumah aku berwarna putih. Saat itu aku dan suami menahan ketawa.
"Habis tuh, siapa makan asam nih?" Tunjuk suamiku ke arah plastik asam di atas sofa.
"itu cik ayu yg makan. Aiman x makan pun."

itu cerita 7 thn lepas. Mmg kelakar. Masa tuh kitorg pike Aiman kreatif mereka cerita. Aiman bijak menyelamatkan diri. Tp slps 7 thn, ianya tdk lg kelakar. Yg ada cuma rs marah kerana memperbodohkan aku seolah2 aku tdk prnh mengambil tahu perkembangan dia, x memerhatikan gerak geri dia.

Apa lagi nak aku nak buat??

Sunday, March 4, 2012

MENITIS AIR MATA KAMI..

Pagi tadi berlaku sedikit ketegangan kami, suami isteri. Punca perbalahan kami adalah berkisar pada anak sulung aku tuh. Benar kata org, kerana ank2, mak bapak bertegang leher.

Beberapa hari lepas berlaku sesuatu kejadian yg tak pernah terpike utk aku melakukannya. Secara tak sengaja dan tanpa niat, aku tlh mencederakan Aiman. Kesannya mmg masih berbekas sehingga hari ini. Tipu lah kalau sbg seorg ibu, aku tidak menyesali perbuatan aku itu. Segalanya berpunca dr amarah ku yg tak dpt aku bendung lg. Kedegilan Aiman menyebabkan tanpa aku sedari, aku tlh mencederakannya. Penyesalan yg x prnh padam setiap kali aku memandang wjh Aiman.

Namun, naluri keibuan aku benar2 tersentuh apabila melihatkan Aiman seakan2 tidak menyimpan dendamnya kpdku. Dia msh berlagak spt biasa seolah2 tiada apa2 yg berlaku antara aku dgn dia. Biarlah ini pertama dan terakhir aku melakukan kesilapan ini. Maafkan, ammy.

Pagi td, sekali lg kenakalan Aiman terbongkar dan menjd punca perbalahan antara aku dan suami. Krn malas utk menyelesaikan latihan di dlm buku aktiviti, dia mengoyak dan menyorok helaian kertas itu di dlm almari. Krn tidak mahu aku terlepas laku, maka ku adukan perbuatannya itu kpd ayahnya. Alasan pertama yg diberikan oleh Aiman, berupa 1 rekaan. Apabila penipuannya tdk m'jd, dia memberi 1 lg alasan. Kali ini msh blh ku anggap sbg 1 rekaan juga. Namun suamiku blh pula menerima alasannya. Tiada denda, tiada pengajaran yg diberi cuma hanya sekadar amaran.

Amaran?? Sdh byk amaran yg diberikan. Tetapi Aiman bgaikan tidak lut. Tindakan suamiku itu sdh pasti mengundang rs tdk puas hati aku. Maka berlakulah sedikit pertelingkahan. Aku menamatkan pertelingkahan itu bkn krn aku puas hati dgn alasan suamiku, tp krn aku tdk mampu trs menahan air mata ini. Aku x mahu menangis di dpn ank2 dan adk aku, maka dgn itu aku melarikan diri ke dlm bilik.

Seketika kemudian, suamiku menyusul. Berlaku kembali perbalahan kami. Di saat aku tersedu2, aku betul2 tersentak melihat suamiku turut menitiskan air matanya. Katanya, dia tak sanggup melihat aku memperlakukan sebegitu kpd Aiman. Ketegasan aku terhadap Aiman mengingatkan dia kpd kisah2 silam ketika dia seusia dgn Aiman. Dia merasa tertekan saat dia dipaksa belajar tanpa mengira waktu oleh ayahnya.

Pelbagai tanggapan yg diperolehinya apabila dia sentiasa gagal memberi keputusan yg diinginkan oleh ayhnya. Sehingga katanya, akibat tertekan, dia melarikan diri dr rumah. Dua tiga kali dia mengesat air matanya.

Aku keliru. Apa yg ku lakukan selama ini sekadar utk mengembalikan tumpuan Aiman terhadap perbelajarannya mengundang tanggapan buruk org lain. Bkn niat aku utk memaksa Aiman mencapai cita2 dan impian aku. Aku tahu tahap kemampuan Aiman. Bezanya skrg dia tdk mahu berusaha.

Aiman bknlah murid yg teruk. Tahun lps, dia prnh score 48/50 utk subject maths. Markah tertinggi dlm kelasnya. Dan pd thn yg sama, dia memperolehi sains 98%. Dia blh jika dia mahu. Dan aku tahu dia mmg mampu. Cuma hatinya, pemikirannya tdk terbuka utk berusaha.

Apa perasaan Aiman jika dia tahu ibu dan ayahnya menangis kerana dia? Menangis kerana seorg terlalu tdk terdaya utk mengubah anaknya dan seorg lagi menangis krn tdk mahu anknya melalui penderitaan yg prnh dilaluinya.

Aku.. Sehingga hari ini, masih menyesali hidupku. Seandainya mak abah mengambil berat ttg pendidikan aku pastinya aku blh berjaya dlm hidup. Kerana itu aku tdk mahu Aiman melepaskan peluang ini. Segala keperluannya ada di depan matanya. Bagi aku, Aiman patut bersyukur krn hidup dlm kesenangan. Segala pintanya tdk prnh dihampakan.

Score A, buku2 rujukan, buku2 aktiviti, tusyen, semua sudah tersedia utknya. Namun dia tdk menggunakan sebaik2nya kemudahan yg ada. Ada2 saja kerenahnya, penipuannya dan gelagatnya utk mengelak satu2 arahan.

Sekali2 aku tidak mengharapkan sesuatu yg diluar kemampuannya. Jika hendak m'dptkan satu A pun pyh, masakan aku blh meminta sehingga 5A. Aku hanya mendorong dia, dan dialah yg perlu berusaha.

Dan aku, walaupun kdg kala terlepas juga kata2 kesatku kpdnya.. tetapi aku amat menyayangi dia. Dialah dan adiknya adalah kedua2 mataku. Kedua2nya amat aku sygi. Terlalu sayang. Aku sdh berusaha. Dan apa yg blh kulakukan kini hanyalah berdoa.

Monday, February 27, 2012

AIR DAN AKU..

hari ni area umh aku xde air. start mlm td dlm pkl 10. punca ganggu bekalan?? aku xtau. Hubby aku dah call SYABAS. dorg ckp akn check jap lae.


Ckp psl air, aku nk kongsi cite psl ms aku kecik2 dlu. Bg yg xtau, umh aku nih agak terpencil dr umh2 org lain. So bekalan air ms tuh memerlukan kos yg tggi utk sampai ke umh aku. Kos tu maknanyer duit yg abah aku kena byr utk dptkan bekalan air tuh. memandangkan abah aku keje sorg maka tidaklah abah berkemampuan utk menyediakannya....

So, mcm2 lar cara kami utk mendapatkan sumber air. Cara tradisi, guna telaga.. lama gak lor kitorg hidup dgn menimba air dr telaga. kering telaga nih, abah korek telaga tuh. Seigt aku ada lor 3,4 telaga yg kitorg gunakan. aku dah lupa rupa sebenar telaga kitorg tuh mcm mne. Tp mcm gambo bwh nih pon ada gak lor.

amacam?? ngeri x?

Air telaga nih kitorg guna utk membasuh dan mandi jerk. Air utk memasak dan minum kitorg guna air 'kok'. Apa itu air 'kok'?? aku sndri xtau asal usul perkataan 'kok' nih. Tp biarkan lor aku explaint ckt. 'Kok" ni merupakan 1 bongkah simen berbentuk silinder yang digunakan utk menakung air hujan yg mengalir melalui salur paip yg dipsg di bumbung rumah. Alah.. lebih kurg mcm tuh lor.

Pastu tetiba abah aku ckp tanah dah kering.. dia dah tak lalu nk mengorek telaga lae. maka kitorg kena lor guna sumber lain plak iaitu sungai yg berdekatan. Kat situ lor kitorg mandi manda & membasuh pakaian. Opss!! sungai kat umah aku tuh bkn jenis sungai yg mcm kat waterfall tuh yerk. Itu jernih airnyer. Sungai kat umh aku tuh terrrrrsgt lor jernih nyer.. phm2 udah. So mmg x heran lor klu uniform sekolah kitorg mmg sedikit kekuningan sbb asyik duk guna air sungai nih jerk. Air utk msk & minum still kitorg guna air 'kok'.

lebih kurg mcm nih lor kekeruhan air sungai tuh. kekdg lg keruh pun ada.

Slps itu, musim kemarau lor plak.. Hujan x turun.toksahkan air dlm 'kok' koreng kontang. Air dlm sungai pon cetek yg amat. kekdg tuh paras betis jerk. Nak mandi terpaksa lor kitorg korek pasir bg dalam ckt. X pon mandi pakai cebuk. hahahaha. Duk dalam sungai mandi pakai cebuk..

Bla dah mcm tuh maka terpaksa lor kitorg tebalkan muka g umh org amik air. segelen kitorg amik kitorg byr 50 sen. kekdg tuh klu terpaksa sgt kitorg amik kat masjid. Tp jrg lor wat mcm tuh sbb masjid jauh dr umh.

Sampai lor aku abis sekolah. X silap aku, tahun 1998 kot, baru bekalan air bersih dpt dibekalkan ke rumah aku. Tu pon guna duit aku n duit yop aku. X silap dlm seribu gak lor kena charge. Aku rs aku kuarkan dkt rm800 gak lor. itu pon duit kutu yg aku dapat.

Tu jerk lor aku nak cite. Amacam adventure x idup aku?? Sbb tuh aku menghargai sesgt lor kehidupan aku skrg. Syukur alhamdulillah.. Anak2 aku hidup x mcm aku hidup dlu. Tp ats kesenangan mcm tuh lor, bdk2 skrg nih mudah sgt lupa diri. Hurmmm..


p/s sume gambar di atas adalah perhiasan semata2..

Friday, February 24, 2012

MUNTAH IJAU LAGI...

Ya Allah.. Busuknya bau. bau apakah ini? kenapa aku sorang saja yang boleh menghidunya. Dah naik lembik badan rasanya. sampai ke perut sebu. Betoi2 pedih perut aku nih.

Bukan sekali dua muntah dah sejak 2,3 hari lepas. dah tak ada benda nak kuar dah dari mulut nih. Rasa macam tak nak duk umah jerk. Vicks & minyak cap kapak sentiasa di tangan. Air freshener pon dah banyak kali aku sembur semua tempat tapi bau tetap tak hilang.

Kalau berterusan macam nih, mau pengsan aku sengsorang kat umah ni nanti. naluri aku kuat mengatakan ianya berpunca dari najis burung merpati.

Ingat sekejap lg nak g klinik lar plak. nak mintak pendapat doc tuh. mana tau dia boleh sahihkan apa yang aku rasa nih. Kalau tak pun, dapat ubat pun jadi lar.

Thursday, February 9, 2012

FAMOUS SATU KETIKA DULU

malam td, sibuk hubbyku menjawab panggilan dr kilg. mcm ada problem bsr sajerk yg berlaku. sepintas lalu aku teringat kemvali sewaktu aku berkerja di Unisem dahulu. ms tuh umurku baru 24thn. kekeliruan yg aku bawa ke tempat kerja bla mrk tidak dpt meneka usia sebenar aku. ada yg menganggap aku lepasan spm.

di sana juga tanpa aku menduga aku turut tergolong dlm kumpulan yg agak terkenal. sbb per? aku sndri xtahu. msh teringt ( dan msh lg tersenyum sendirian ), pabila mesin yg ku jaga meragam, dan x prnh perlu aku bersunggut krn technician seakan sentiasa standby utk membantu aku. berbeza dgn mak cik2 lain, mrk terpaksa menunggu hampir sejam utk technician dtg membetulkan mesin mrk. kdg kala terdgr juga usik2an dan sindir2an mak cik2 yg x puas hati dgn layanan technician terhadap aku.

ada juga yg bg hint ign berkenalan dgn aku. klakar jugak waktu itu krn aku mmg dh punyai ank satu. x kurg juga usik2an tech2 di sana yg x abis2 mencari 'pasal' dgn aku. kdg kala sampai segan silu aku nk pggl mrk tatkala mesin shutdown. bkn aku sorg saja jd bhn usikan mrk, ada lg 2-3 operator yg senasib dgnku. xkurg juga ada tech yg sengaja buang masa membetulkan mesin kami semata2 utk berbual2 kosong mengenali kami.

prnh terjadi, ketika aku bekerja shift mlm, mesin yg aku jg tetiba2 wat hal. bila aku pangil tech. 5 org skali dtg. seakan berpakat mrk berlima asyik mengusik aku dgn pelbagai gurauan. sehingga mati akal aku utk melayan mrk berbual. supervisor aku pula agak sporting orgnyer sehingga kan dia x kisah riuh rendah suara ketawa tech2. krn supervisor aku tuh juga lah no telpon aku terlepas ke tgn tech department lain.

hampir setahun aku bekerja di sana, hanya teman2 rapat saja yg tahu status aku. yg lain hanya terkejut sewaktu mengetahui aku akan berhenti utk mengikut hubby aku pindah ke sini. dan pabila mengetahui aku sudah berkahwin lama, bagaikan reporter mrk bertanya ttg hal2 peribadi aku.

ada juga aku terima notes berbaur kecewa dr seorg tech. klakarnya krn aku x prnh memberi sesiapa harapan utk mendekati aku. dan aku juga tidak prnh merahsiakan status aku pd sesiapa yg bertanya. salah mrk juga krn menilai aku dr luaran semata2.

kini semuanya tggl kenangan. sudah ramai yg berhenti dr unisem. mungkin xkan dpt aku jumpa lg. semua itu hanyalah penyuntik semangat aku utk ke tempat kerja shj. sume itu penghibur hatiku di kala duka. di saat itu tiada siapa tahu keperitan hidup yg aku lalui. setiap hari aku bekerja berulang alik dr beruas ke simpang pulai meninggalkan ankku yg baru berusia 3 thn siang dan mlm dibawah pengawasan adkku yg hanya ketika itu berusia 17 thn. bekerja mencari rezeki yg x seberapa bg menampung keperluan kuarga di kala hubbyku kehilangan kerjanya.

saban hari, di sebalik senyum dan tawaku di tempat kerja, aku asyik memikirkan bagaimana ankku di rumah. dan di sebalik senyuman itu juga aku menyembunyikan penderitaan hidup.

Kini semua dh berakhir. Alhamdulillah.