My Heroes

My Heroes

Friday, June 15, 2012

RESULT EXAM AIMAN.. {T___________T}

syukur alhamdulillah ke hadrat Allah yang telah memberkati usaha aku dan aiman. happy tak terkata apa2 bila melihat peningkatan Aiman skrg nih. mcm xpercaya pon ada.

mungkin pd org lain apa lah sgt dgn pencapaian aiman tuh. tp bg aku itu melambangkan betapa berhasilnya usaha kami. syukur sekali lg.

jika sblum ni keputusan exam aiman amat merosot tp kali ini sedikit sebyk aku dh mampu tersenyum puas. terharu aku melihat aiman melonjak kegembiraan bla mendpt tahu dia menduduki tmpt pertama dalam kelasnya. sepjg 6thn belajar, inilah kali pertama dia berada didlm kedudukan teratas.

kedudukan dlm kelas juga amat menyakinkan. dia mampu berada dikalangan 3 @ 2 kelas teratas. cuma peratusan saja yg agak menghampakan. tapi tak mengapa aku akan jdkan itu sebgai satu dorongan utk dia lebih gigih berusaha.

Aiman, semoga hajat aiman nak menghadiahkan 5A kepada Ammy tercapai. Amin..

Ya Allah, syukur tak terhingga diatas limpah kurniaan-Mu ini. segala penat lelah menjadi 'guru'nya dan menjadi 'classmate'nya, segala perit jerih menghadapi kedegilannya dan setiap titis air mata yg pernah gugur kerana tingkahlakunya telah membuahkan hasil. Ya Allah, berkatilah usaha kami dan permudahkanlah urusan kami. Sesungguhnya tiada yang mustahil dengan kekuasaan-Mu. Amin...



p/s Pernah beberapa ketika aku berasa terlalu lemah dan hampir rebah. dan disaat itu tiada yang terlintas selain niat untuk beralah. tapi Allah beri aku kekuatan untuk terus melangkah. Perjuangan kami belum berakhir.

No comments:

Post a Comment