My Heroes

My Heroes

Saturday, March 17, 2012

BILA TERASA AJAL SEMAKIN MENGHAMPIRI

11 March - Omar Peter dan anaknya Zara Eleena ditemui mati dibunuh di rumah mrk di Tmn Kinrara. - Omar Peter merupakan bekas staff Sony, tempat hubby aku bekerja. menurut hubby aku, arwah baru saja retired bln Jan lps.

14 March - Bomba Selam, Mohd Tajul Ariffin dikhuatiri lemas setelah menyelam dlm operasi mengesan kontena yg jatuh ke laut di dermaga 14, Northport. Mayat mangsa ditemui terapung pkl 3 pg smlm.- Arwah merupakan jiran sblh rumah abg aku.

Al-Fatihah buat kedua mrk.


sumber-akhbar tempatan dan insan t'dekat.

Tuesday, March 6, 2012

AIR PANDAI KAN?

Hari ni aku nk xmo story benda2 yg memeningkan kepala tp arini aku nk story benda2 yg mencuit ati. Actually nak cite psl keletah Airel. Sejak menjak nih dia nih pandai sggh ngambik ati aku. Cakap2 dia pun kekdg ada klakarnya.

Ada skali tuh, aku tgh marah2 abg dia.. Gamaknya dia rimas bising2.. dia pun ckp mcm nih kat aku.
"Ammy, jgn lar marah2 Aiman lg. Air kan ker baik? Air pandai kan?" Pelikkan dia ckp mcm tuh. Sbnarnya dia jdkan diri dia pemujuk aku. Sbb dia baik n dia pandai so xpyh lar aku marah2 abg dia tuh.

Ada plak 1 hari tuh, dia sound abg dia..
"Aiman nih, pergi pakai bedak, sikat rambut tuh.. mana ammy x marah."

Airel nih mmg klu lps mandi dia suka berdandan. Kekdg dia wat sndri rambut pacak. Muka lak x pyh disuruh2 berbedak, dia tau nak buat sndri. Tak kira lar siang ke mlm ker, dia msti sembur perfume. Kekdg nk ke sekolah pun dia nk letak perfume.

Kalau blk sekolah lar plak, dia akn buka buku n tunjuk kat aku apa yg dia bljr kar sekolah. X pyh nak tanya2.. x pyh nk suruh2.. Selalunya dia plak yg akan ajar aku.

"Ammy, nmpk tak nih.. gambar nih x sama dgn gambar nih kan? kalau x sama kita wat mcm nih. kalau sama kita bulatkan." hari2 dia mengajar aku apa yg dia bljr kat sekolah. Kekdg tuh ayah dia pun dia ajar sama.

Dia nih paling suka kertas ngn pensil. Dapat jerk kertas dia akan melukis. Kalau x melukis dia akan menulis. Dia suka tulis nama2 org.

" Ammy, cam ner nak tulis nama Aiman?"
" Ammy, cam ner nak tulis nama Ammy?"

Lps dia tulis nama, dia akan lukis gambar sorg2. Prnh 1 hari, ms aku duk ralit ajar abg dia, dia yg duk mengadap kertas sorg2 merengek2. Kemudian menghempas2 diri. Bla aku tnya, knp. Dia tunjukkan kertas kat aku. Rupa2nya dia tgh mengira tambah. Yg klakar nyer soklan tambah tuh dia buat sndri. mula2 dia wat yg senang2, 3 + 2.. Bla smpai 9 + 8, dia dh xblh nk kira. Alasan dia, jari dia x cukup. Nak tergelak gak aku. Bla abg dia tnya knp wat soklan ssh2, dia jwb, mne dia tau.

Kekdg tuh dtg gak penyakit malas dia.. Alah nak pujuk dia senang jerk. Puji jerk org lain, abg dia ker, kwn2 dia ker.. msti t'mkn pujukan pnye lar. Tp dlm baik, nakalnya ada gak. Dia ni pantang lepa tgk org diam. Dia sure nk menyakat. Tp setakat menyakat lar. Jrg dia menyakitkan org lain kecuali tdk disengajakan.

Sbb tuh aku maleh nk bwk dia turun main ptg2 kat bwh. tabiat menyakat dia nih kekdg mkn diri sndri. Mana kan tdk, kekdg bdk2 lain x thn disakat, dia dorg hempuk. So, aku rs lg aman dia duk dlm umh.

Aku hrp Airel ni bla bsr nnt akan bertambah baik. Rajin belajar, patuh ckp aku. Hrp2nya mcm tuh lar. Aku dh bljr dr kesilapan dlm m'didik si abg, so aku xmau ulang kesilapan yg sama pd si adk. Cukup2 lar kepayahan yg aku terima nk melentur buluh smula. Tak mahu aku pisang berbuah 2x. Cukup2 lar.

Monday, March 5, 2012

SEKALI LAGI..

"Ammy, nak duit.. Aiman nak beli tali kasut." Pintanya awal pg tadi.
"Kenapa dgn tali kasut yg lama tuh?" Tanyaku.
"Yang tu xblh pkai dah. Tali dia dh besar. X blh msuk dlm lubang kasut." Itulah alasannya.

Secara logik.. Benarkah tali kasut tuh blh jd besar? Tali kasut bknnya cacing ataupun ank ular yg blh membesar secara tiba2. Nampak sgt bedaahnya. Itu hanya alasan dia krn dia tdk menjumpai barang satu pun tali kasut. Maka dia mereka 1 penipu yg disangkanya munasabah.

Dia sgt2 bernasib baik pg tadi krn aku tak memanjangkan perkara ini. Kalau aku trus bersoal siasat pastinya tdk ke sekolah lah dia hari ini. Paling x, aku akn sekolahkan dia kat rumah nih. Cukup pantang bg aku kalau ada org dlm rumah nih menipu. Aimanlah antara org yg suka sgt menipu. Hampir setiap hari, aku akn m'dgr penipuan demi penipuan dr mulut dia. Sehingga aku serik utk m'percayai setiap kata2 dia.

Berbeza dgn Airel. Si kecik ni juga suka menipu. Tp dia segera bercakap benar jika m'dgr ugutan dr aku. Misalnya..
"Siapa buat sepah nih?" Tanyaku pada suatu hari.
"Bukan Air.. Aiman yg buat." Jwb Airel dgn muka yg tersengeh2.
"Cakap btoi2.. Kalau x, ammy pukul." Ugutku.
"Air buat." Spontan dia mengaku. Kan senang mcm tuh.

Kalau dgn Aiman, benda tuh akan berpjg2an. Dr 1 alasan ker 1 alasan dia mereka cipta. Sehingga kadang-kala hilg kesabaran aku. Ssh sgtkah dia mengaku salah. Paling x, hanya sekali mrh saja krn perbuatan dia. Ini sdh lah buat slh kemudian menipu pula. misalnya,
"kenapa Aiman koyak buku?"
"Masa Aiman buat latihan, Adik dtg kacau Aiman pastu dia koyakkan buku tuh."
"Cakap btoi2.. Siapa yg koyakkan. Jgn nak menipu."
"Aiman tak sengaja terkoyak buku tuh. Lps tuh Aiman takut ammy marah. Sbb tu Aiman sorok."
"Aiman tak sengaja koyakkan buku tuh ker sbb Aiman x mau buat latihan kat kertas tuh?"
"Erkkk.. Aiman tak tau nak buat. Aiman takut nak tanya ammy."

So, korg rs mne satu jwpan sbnar dia? mcm mne nak ajar dia spy jgn menipu. Aku nih dh puas menangis sbb utk Aiman nih aku tak tau nak nasihatkan dia mcm mne lg.

Mungkin korg kata alah Airel n Aiman tuh berbeza sbb umurnya. Nnt Airel dh bsr pun lebih kurg gak mcm abgnya. Sbnarnya, Aiman pandai berdolak dalih sejak dia seusia dgn Aiman. Mcm ni citenya...

Satu hari, aku n suami blk ke rumah. Ms itu, Aiman tggl di rumah bersama adik aku, ayu. Sampai saja kat umh, aku tgk mulut Aiman penuh dgn kesan2 putih. Suami lantas terpandang asam anggur kecut (yg warna putih2 tuh) kat ats sofa. Sbnarnya kami tak halang dia nk makan asam tuh tp waktu tuh baru pkl 9 pg x silap aku, so tkut nnt dia sakit perut. maka suami aku pun sengaja tanyakan kenapa mulut dia putih. macam nih jwb dia.
"Mne ada mulut aiman putih." nafi dia pada mulanya.
"pergi tgk kat cermin." Arah suamiku. Dia berlari msk ke dlm bilik dan memandang cermin. Aku mengekorinya dr blkg. Dia termenung kemudian memandang di setiap sudut bilik. Pandangannya terhenti seketika pd kipas berdiri aku.
"O... td aiman letak muka aiman dkt kipas tuh. Tu yg mulut aiman jd putih tuh." Sbnarnya dia ternampak sawang2 di jaring kipas. sangkanya sawang itu berwarna putih.
"Hurmmm.. pergi lar ckp kat ayah." Dia pun berlari mendapatkan suamiku. Apa yg diceritakan kpd aku td, itulah yg dicerita kpd suamiku.
"Aiman, sawang tuh warna kelabu bkn warna putih." Jelas suamiku. Skali lg Aiman memandang setiap sudut ruang.
"Tapi, ayah.. lps tuh Aiman jilat dinding." Katanya bersungguh2. Mmg ms tuh dinding rumah aku berwarna putih. Saat itu aku dan suami menahan ketawa.
"Habis tuh, siapa makan asam nih?" Tunjuk suamiku ke arah plastik asam di atas sofa.
"itu cik ayu yg makan. Aiman x makan pun."

itu cerita 7 thn lepas. Mmg kelakar. Masa tuh kitorg pike Aiman kreatif mereka cerita. Aiman bijak menyelamatkan diri. Tp slps 7 thn, ianya tdk lg kelakar. Yg ada cuma rs marah kerana memperbodohkan aku seolah2 aku tdk prnh mengambil tahu perkembangan dia, x memerhatikan gerak geri dia.

Apa lagi nak aku nak buat??

Sunday, March 4, 2012

MENITIS AIR MATA KAMI..

Pagi tadi berlaku sedikit ketegangan kami, suami isteri. Punca perbalahan kami adalah berkisar pada anak sulung aku tuh. Benar kata org, kerana ank2, mak bapak bertegang leher.

Beberapa hari lepas berlaku sesuatu kejadian yg tak pernah terpike utk aku melakukannya. Secara tak sengaja dan tanpa niat, aku tlh mencederakan Aiman. Kesannya mmg masih berbekas sehingga hari ini. Tipu lah kalau sbg seorg ibu, aku tidak menyesali perbuatan aku itu. Segalanya berpunca dr amarah ku yg tak dpt aku bendung lg. Kedegilan Aiman menyebabkan tanpa aku sedari, aku tlh mencederakannya. Penyesalan yg x prnh padam setiap kali aku memandang wjh Aiman.

Namun, naluri keibuan aku benar2 tersentuh apabila melihatkan Aiman seakan2 tidak menyimpan dendamnya kpdku. Dia msh berlagak spt biasa seolah2 tiada apa2 yg berlaku antara aku dgn dia. Biarlah ini pertama dan terakhir aku melakukan kesilapan ini. Maafkan, ammy.

Pagi td, sekali lg kenakalan Aiman terbongkar dan menjd punca perbalahan antara aku dan suami. Krn malas utk menyelesaikan latihan di dlm buku aktiviti, dia mengoyak dan menyorok helaian kertas itu di dlm almari. Krn tidak mahu aku terlepas laku, maka ku adukan perbuatannya itu kpd ayahnya. Alasan pertama yg diberikan oleh Aiman, berupa 1 rekaan. Apabila penipuannya tdk m'jd, dia memberi 1 lg alasan. Kali ini msh blh ku anggap sbg 1 rekaan juga. Namun suamiku blh pula menerima alasannya. Tiada denda, tiada pengajaran yg diberi cuma hanya sekadar amaran.

Amaran?? Sdh byk amaran yg diberikan. Tetapi Aiman bgaikan tidak lut. Tindakan suamiku itu sdh pasti mengundang rs tdk puas hati aku. Maka berlakulah sedikit pertelingkahan. Aku menamatkan pertelingkahan itu bkn krn aku puas hati dgn alasan suamiku, tp krn aku tdk mampu trs menahan air mata ini. Aku x mahu menangis di dpn ank2 dan adk aku, maka dgn itu aku melarikan diri ke dlm bilik.

Seketika kemudian, suamiku menyusul. Berlaku kembali perbalahan kami. Di saat aku tersedu2, aku betul2 tersentak melihat suamiku turut menitiskan air matanya. Katanya, dia tak sanggup melihat aku memperlakukan sebegitu kpd Aiman. Ketegasan aku terhadap Aiman mengingatkan dia kpd kisah2 silam ketika dia seusia dgn Aiman. Dia merasa tertekan saat dia dipaksa belajar tanpa mengira waktu oleh ayahnya.

Pelbagai tanggapan yg diperolehinya apabila dia sentiasa gagal memberi keputusan yg diinginkan oleh ayhnya. Sehingga katanya, akibat tertekan, dia melarikan diri dr rumah. Dua tiga kali dia mengesat air matanya.

Aku keliru. Apa yg ku lakukan selama ini sekadar utk mengembalikan tumpuan Aiman terhadap perbelajarannya mengundang tanggapan buruk org lain. Bkn niat aku utk memaksa Aiman mencapai cita2 dan impian aku. Aku tahu tahap kemampuan Aiman. Bezanya skrg dia tdk mahu berusaha.

Aiman bknlah murid yg teruk. Tahun lps, dia prnh score 48/50 utk subject maths. Markah tertinggi dlm kelasnya. Dan pd thn yg sama, dia memperolehi sains 98%. Dia blh jika dia mahu. Dan aku tahu dia mmg mampu. Cuma hatinya, pemikirannya tdk terbuka utk berusaha.

Apa perasaan Aiman jika dia tahu ibu dan ayahnya menangis kerana dia? Menangis kerana seorg terlalu tdk terdaya utk mengubah anaknya dan seorg lagi menangis krn tdk mahu anknya melalui penderitaan yg prnh dilaluinya.

Aku.. Sehingga hari ini, masih menyesali hidupku. Seandainya mak abah mengambil berat ttg pendidikan aku pastinya aku blh berjaya dlm hidup. Kerana itu aku tdk mahu Aiman melepaskan peluang ini. Segala keperluannya ada di depan matanya. Bagi aku, Aiman patut bersyukur krn hidup dlm kesenangan. Segala pintanya tdk prnh dihampakan.

Score A, buku2 rujukan, buku2 aktiviti, tusyen, semua sudah tersedia utknya. Namun dia tdk menggunakan sebaik2nya kemudahan yg ada. Ada2 saja kerenahnya, penipuannya dan gelagatnya utk mengelak satu2 arahan.

Sekali2 aku tidak mengharapkan sesuatu yg diluar kemampuannya. Jika hendak m'dptkan satu A pun pyh, masakan aku blh meminta sehingga 5A. Aku hanya mendorong dia, dan dialah yg perlu berusaha.

Dan aku, walaupun kdg kala terlepas juga kata2 kesatku kpdnya.. tetapi aku amat menyayangi dia. Dialah dan adiknya adalah kedua2 mataku. Kedua2nya amat aku sygi. Terlalu sayang. Aku sdh berusaha. Dan apa yg blh kulakukan kini hanyalah berdoa.