My Heroes

My Heroes

Friday, December 25, 2009

BAIKNYA HATI SI DIA

Kalau korg jemu baca blog aku ni, aku mintak maap. Bkn aper byk cite kat cni berkisarkan kehidupan aku jerk. Aku xde cite2 lain. Nak cite psl politik, aku xtau menahu psl politik ni. Nk cite psl keagamaan.. Aku takut nnt aku bwk ajaran sesat. So baek ler aku story about my life.

Arini entry aku berkisar ttg hadiah2 yg hubby aku bg kat aku n ank2.. Ntah aper mimpi dia or maybe sbb dia dh bosan ngn aku yg asyik ungkit mengungkit ni. So dia tunai kan ler apa yg aku mintak. Dlu aku bising sbb dia xnk belikan aku jam tgn or gelang emas. Tup2.. dia balik bwk jam tgn bersalut emas. Emas celup ler.. Bijak kan? 2 in 1 lg. Tp aku x kisah janji dpt. Dia bg skali ngn handbag lg tuh.. Brand jam tgn tu? Actually aku x kisah brand apa skali pun. Janji cantik n blh guna. Tp kalau brg kemas lain ler plak. Aku lebih titik beratkan pd kualiti. 916 or 999.. itu baru aku pakai. hahahaha..
Bkn aku jer yg dpt habuan.. ank2 aku pun sama.. Si Airel dpt motosikal berkuasa bateri. Aiman dpt basikal yg diidam2kan.. Mountain bike. X cukup dgn tu baru2 nih hubby aku belikan laks aku notebook. Mcm x percaya jerk. Mula2 aku igt dia main2 ckp nk bli. Masa tu dia bru jerk kuar dr kedai komputer. Aku ckp kat dia klu betui nk bli jom. Aku tarik tgn dia. N dgn selamba dia ikut jerk aku msuk balik kedai tu. Apa lg rembat ler 1. Harganyer dlm rm2 ribu lebih. Orait ler tu. yg penting ado...
Untuk mencantikkan lg entry ni, aku masukkan skali gambar2 hadiah yg dia belikan utk kami.

Ini ler jam 2 in 1 yg aku dpt. actually disbbkan aku dh lama x pakai jam tgn, aku slalu lupa kewujudan ia nih.


Ni laks motorsikal yg dia belikan wat Airel ms raya haji baru2 nih. masa tu kitorg g tgk jualan gudang. Mula2 igt nk bli basikal kat Aiman but basikal yg dijual kat c2 kurang menarik, so kitorg tertarik ngn motorsikal berkuasa bateri nih. Bila dia tnya jerk nk bli ke x? aku automatik ckp bli. sbb bkn senang nk dpt offer dr dia mcm tu. mula2 pilih yg rege below rm150. tp disbbkan airel ni tggi orgnyer n x sesuai pkai motorsikal yg size kecil, kitorg t'paksa beli yg bsr ckt. Bila dh bli yg bsr budget dia pun bsr ler kan...


Basikal ni laks kitorg bli pd ari yg sma sbb Aiman dh mengamuk sbb airel dpt motorsikal. Ms tu abah aku joint skali survey basikal nih. aku pun kecek ler dia soh dia topup ckt. Mau x mau dia bg rm100 wat tokok beli basikal aiman. Reger basikal nih rm200 lebih.


Dan inilah hadiah yg paling berharga dlm hidup aku. Dari dlu lg aku nk kan benda alah nih. Tp dia ckp dia xnk belikan krn dia xmau aku terlalu mengadap benda ni sampai aku mengabaikan tggjwb aku. Ntah apa yg wat dia berubah pendirian. akan aku buktikan tggapan dia salah.

Dan entry ini wat pertama kalinyer aku wat dirumah.

4 my husband, thanks a lot sbb tunaikan sume permintaan kitorg wlaupun sume nih pakai duit gaji u sndri.

Pendek kata, amalkan lermcm ini slalu.. sbb esok2 ada benda lg yg kitorg nk request. hehehhe..

Saturday, December 19, 2009

Ianya datang semula

Ianya dtg semula singgah dlm tubuhku.
Menganggu tugas2 seharianku.
Menganggu pemikiranku.
Memaksa aku mengawal setiap gerak geriku
agar tidak tumbang.
Ia dtg semula menyerangku stlh bermggu2 pergi.
Melenyapkan memoriku sedikit demi sedikit.
Menghapuskan kudratku,
dan merentap kebebasanku.
Ia terlalu menyusahkan hidupku,
membuat aku terpaksa melengah2kan tugasku,
memaksa suamiku memikul tggjwbku,
membuat ank2 ku terbiar tanpa perhatian.
Andai ini dugaan dariMu
yg menguji kekuatan dan kesabaranku,
Aku terima dgn redha.
Andai ini ujian dariMu,
yg menguji sejauh mana keimananku,
Akan aku buktikan kemampuanku.
Cuma satu yg kupinta dariMu,
Kasihanilah anak2 ku,
yg bergantung harap padaku
membelai mrk, mengembirakan mrk.
Dan yg kumohon
kasihanilah suamiku,
yg terpaksa memikul tugas2ku,
tatkala aku berhempas pulas menahan kesakitan
disaat dia jua keletihan.
Seandainya ujian ini masih perlu aku teruskan,
berilah aku sedikit kekuatan,
disaat mrk berada disekeliling ku,
agar mrk tidak terabai,
agar mrk gembira disampingku.
agar mrk tidak runsing melihat aku,
Janganlah dilibatkan mrk dgn kesengsaraan ini,
jgn disusahkan mrk dgn keperitan ini.
demi suami dan ank2ku.
p/s : Allah menguji mengikut kemampuan kita.

Saturday, December 5, 2009

MUNGKINKAH INI ...

Bunyi Berdesing di Telinga (Tinnitus)


Pengenalan
Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai "tinnitus" adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya .
Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang kadang bunyi mengaum, berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia mungkin melibatkan satu atau kedua-dua telinga. Tinnitus mungkin merupakan satu satunya gejala penyakit yang ada pada seseorang yang menggugat tahap kesihatan seseorang.
Satu pertiga populasi mungkin mengalami masalah tinnitus pada satu ketika dalam hayat mereka. Kualiti hidup boleh terjejas akibat masalah ini. Kadar masalah tinnitus adalah tinggi pada usia 40-70 tahun dan lebih melibatkan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala
Tinnitus adalah gejala penyakit dan bukannya sejenis penyakit.
Ia boleh melibatkan satu atau kedua dua telinga.
Bunyinya boleh dikaitkan dengan mengikut denyutan jantung/ tidak mengikut denyutan jantung.
Gejala tinnitus ini mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulang ulang
Gejala gejala berkaitan:
* kurang pendengaran
* sakit kepala
* pening kepala(vertigo)

Sebab-sebab
Ada beberapa punca tinnitus yang diketahui tetapi dalam kebanyakan kes, punca utama gagal dikenalpasti
Antara punca-punca yang dikenalpasti:
* Saluran darah tidak normal
* Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)
* Masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
* Kecederaan kepala
* Pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
* Ubat ubatan ( ubat penahan sakit, antibiotik)
* Tumor dalam telinga dalam ( acoustic neuroma)
* Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
* Tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
* Angin ahmar
* Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi.

Dalam kebanyakan kes, tinnitus adalah disebabkan oleh pengumpulan faktor faktor di atas
Gejala-gejala di bawah memerlukan perhatian serius:
* Tinnitus yang berterusan mungkin tanda awal tumor di telinga tengah atau otak
* Tinnitus yang bunyinya seperti denyutan jantung di satu telinga mungkin tanda awal penyakit yang serius .
* Tinnitus yang bertambah teruk atau pun disertai oleh gejala-gejala lain

Komplikasi
Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja dan tidur
Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius

Rawatan
Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca punca tinnitus tidak dapat di fahami sepenuhnya
Telinga dan masalah perubatan lain harus diberikan rawatan sewajarnya dengan ubat atau pembedahan.

Ubat-Ubatan
Ubat-ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan untuk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yang dapat memperbaiki kualiti tidur.


"Masking"
Alat bantu dengar untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran
Tinnitus "masker" untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran / pendengaran normal
Alat tinnitus; kombinasi alat-alat di atas
(rawatan ini di berikan oleh pakar pemulihan pendengaran(audiologist)
Pembedahan tidak dapat membantu menghilangkan tinnitus buat masa ini

Pencegahan
* Bunyi bunyi yang lembut boleh mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus. Pesakit boleh mendengar bunyi tersebut untuk beberapa jam sehingga terlelap
* Elakkan mengambil kopi, teh, coklat, cola, alkohol, atau produk yang mengandungi kaffeine
* Elakkan merokok
* Elakkan ubat ubatan yang menyebabkan tinnitus seperti aspirin /NSAIDs .Aspirin boleh menyebabkan tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
* Elakkan mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau tidak ada alternatif lain.
* Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
* Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini mungkin boleh membantu.

Friday, December 4, 2009

KISAH DI BILIK TIDUR

Bla tgk title ni ntah brp ramai ler yg trus masuk blog aku ni. xcited nk tau. Hihihi. Klu -ve ler yg korg pikir t'nyata korg silap. Ini bknnya entry psl activiti 18sx yerk. Aku nk cite ni psl ank2 aku.


Seperti yg korg tau (yg ambk tau ler), ank sulung aku si Aiman tu jaraknya ngn adik dia 7 tahun. Ops.. Knp terlajak jauh xyah nk story yerk wlaupun story tu still t'kategori dlm title ni. X baek.

So korg bygkan ler.. bila dh jauh jaraknya, it's means dia ni manja le kan. So sepjg 7 tahun tu jrg sgt dia tidur berasingan dr kami suami istri. 1 katil tidur bertiga ler. Dah puas aku cuba memisahkan dia tp x jln gak. Dia kata nk katil dh bli katil tp still mcm tu gak.


Aku prnh sarankan kat hubby aku spy bentangkan toto kat bwh. Bg dia tido kat c2 mcm setgh2 psgan wat. Tp hubby aku bantah habis2an. Ank kesygan ler katakan. Dia laks sggup tido kat bwh. So smpai ler aku dpt Airel, bru ler Aiman mau berpisah dr tmpt tido. Tp syaratnya ada org yg teman dia tido. Nsb baik ler adik2 aku duk skali ngn aku, so xde mslah ler. Skrg ni adik2 aku dh pindah. Aiman dh start balik tido ngn aku. Yg x best nyer wlaupun toto dh dibentang kat lantai, mlm2 still dia menyusup naik ats katil aku. Klu tido diam2 x per ler gak. Ini idak. Dah mcm ikut putaran jam lak. Berpusing sna, berpusing sini. Kdg kala kaki tgn dia naik ke muka aku.

Paling yg x best nyer, bila time hubby aku balik. Mmg mula2 dia tido kat bwh tp bila aku sedar2 jer dia dh ada kat ats katil. Korg bygkan ler 1 katil tido 4 beranak. X ker parah namanya tu. X blh bergerak lgsg.. terkejung jer kat situ. Kekdg aku bgnkan dia soh dia tido balik kat tmpt dia. prnah skali tu 3x aku bgnkan dia.. tp pas2 ada balik dia ats katil tu.. Klu esok pg nya aku tnya knp dia tido ats katil ngn aku, dia jwb dia xtau bla ms dia naik ats katil tu. Kekdg dia tuduh aku yg angkat dia. Ada ke patut?

1 lg, kes cadar n sarung bantal. Aduhai... Sblum tido aku sarungkan bantal, betulkan cadar. tp esok pgnya sume bantal bogel. sarungnya laks bwh katil. aku xtau ler mcm mne jd mcm tu. Aiman n Ayahnyer ler punya keje tu. Sampaikan dh jenuh menyarung bantal aku biokan jer bantal tu berbogel. Klu bab cadar laks, mcm tu gak jadinya. Klu side aku x terjejas cadarnya lain pula klu side aiman or ayahnya, sure terselak cadar tilam. Xtau le mcm mne dowg tido.

Stop bab aiman n ayahnya. Bukak laks bab Airel. Si kecik ni pun dh start wat hal time nk tido. Bknnya x nk tido tp nk tido ats lengan aku. Dia sure nk aku mengadap dia. Klu kepala berpaling ckt pun dia msti nk ikut hala mana kepala aku. Pastu nk aku peluk dia jer. Melekat ler kitowg ank beranak. Klu dia dh terlena n then aku ubah posisi ikut keselesaan aku, pas2 dia tersedar sure dia merangkak mlm2 cari hala mana aku mengadap. tp dia ni tido x selasak abg dia. masih blh diterima lg ler.

itu jer ler story psl kerenah 3 owg buah ati aku tu. Ntah ler bila ler dowg nk berubah.

Tuesday, November 24, 2009

IDOLA KECIL 2

Ahad lepas ada roadshow idola kecil kat giant, bukit tinggi klang, so apa lagi aku pun ambik ler kesempatan utk melihat budak2 ni dr dekat. Mmg aku x prnh miss mengikuti konsert idola kecil ni. Igtkan ke10 peserta hadir rupa2nya cuma 5 orang aje. x apa ler dr xde. ke10 sepuluh kanak2 ni mmg berbakat besar. Yang paling aku minat fienaz n dayana. Dua2 punyai wajah yg cantik dan suara yg power. Klu lelaki laks aku minat ngn Azzam yg punyai senyuman yg manis.

so korg tgk jer ler gambar kat bwh ni yerk..

Arill
Nurul n Fienaz

Ayu n Alif ( pengacara idola kecil 2 )

Ambil kesempatan bergambar ngn alif.. Sian aiman dia x dpt sbb dia duk tercongok depan pentas.





Thursday, November 19, 2009

BIAR AKU PERJELASKAN

Entry kali ini aku tujukan khas wat kengkwn yg musykil dgn keadaan aku skrg ini. Kepada mrk yg prihatin tatkala mengetahui condition aku yg x brp baek ni aku ucapkan time kasih krn mengambil berat ttg aku. Bkn sengaja aku nk besar2 kan cite psl ni tp sekadar menjawab secara terperinci ttg apa yg berlaku.

Mungkin bg yg baru jerngah blog aku or bru joint fb, korg mgkin x tahu beberapa bulan lepas x silap aku bln 6 or 7 aku ada post comment kat fb aku mengalami pening2. Ramai yg bls kononnyer aku pregnant. Lucu pun ada. Ketika itu serangan pening2 aku tu tahap pening2 lalat jer ler. makan masa pun dlm 2,3 ari sebulan jerk.

Namun lama kelamaan pening2 tu semakin membimbangkan aku. Bermula dr pertengahan bulan okt sehingga skrg pening yg aku alami x berkurangan atau pun hilang. Aku rasakan langkah ku terhoyong hayang. Setiap kali aku bergerak pening itu akan terasa slama beberapa saat tetapi berulang2. Kepala pula bagaikan x terbawa oleh bdn. Terlalu berat.

Ada teman mengatakan berpunca dr mata ku. Ttp pemeriksaan mata (luaran) tlh aku lakukan dan keputusannya tiada yg mencurigakan. Namun doktor yg sering aku kunjungi mengatakan mungkin berpunca 4 perkara - Mata,telinga, hidung atau otak. Ubat2an yg silih bertukar ganti masih tidak dpt meredakan pening aku ini.

Akhirnya setelah menerima desakan dr teman2 dan ahli kuarga terdekat aku melangkah jua menemui pakar ENT Hospital Besar utk pemeriksaan lanjut. Keputusan pemeriksaan mata dan telinga aku di sana mengesahkan bhw ia bkn punca aku mengalami pening itu. Doktor pakar mengambil kata putus utk menjalankan ujian darah. Dan hasil ujian itu akn keluar 2 minggu lg.

Sebenarnya pelbagai andaian yg dibuat oleh teman2, jiran2 ttg punca pening ku ini. Ada yg mengatakan berpunca dr mata, ada yg mengatakan berpunca dr fikiran aku yg tertekan, ada juga yg mengatakan berpunca dr gigi.. huhuhu..

Kekdg andaian ini blh membangkitkan kemarahan aku. Bayangkan lah seorg jiran aku bercerita yg konon nyer dahulu dia sering mengalami pening. Bila jumpa doktor, doktor mbuat andaian mungkin dia ada barah otak. Namun sumenyer terjawab bila dia mencabut gigi bongsunya. Katanya slps mencabut gigi tersebut wlaupun gigi itu tdk sakit, pening kepalanya terus baik. Mungkin ada logiknya. Tp mslah skrg ini, klu pening nya sama dgn pening aku, kalian agak2 gigi mana yg aku perlu cabut???? Aku x punya masalah ttg sakit gigi.

Ada juga mengatakan berpunca dr aku hidup berjauhan dr suami. Aduh!!! Dan aku x tahu apa yg hrus dijwb bila owg bertanya ttg keadaanku. Adakah mrk memikirkan slps jumpa doktor, kesihatan aku automatik terus baek. Aku bosan m'jwb soklan itu.

Hanya aku tahu sejauh mana kesihatan aku. Aku minta biarlah keputusan darah itu nanti dpt mengungkaikan andaian2 kalian sume. Bagi mrk yg terasa ttg kehambaran sikap aku sejak akhir2 ini, aku pohon ampun dan maaf.

BERDIAM DIRI LAGI BAIK DARI MENYAKITI.

Saturday, November 14, 2009

JAMUAN MKN MAJLIS PERPISAHAN

Minggu ini mggu terakhir nonie kat Triship. X blh nk ckp apa lg ler.. Dh itu keputusannyer. Terpaksa mengikut suaminyer berpindah. Sedih gak rasa bla terpaksa melepaskan dia pergi. Aku dh lama kenal dia. Igtkan aku yg resign dlu rupanya dia lg cepat buat keputusan. x mcm aku yg teragak2 nk berenti ke tidak. Huhuhu.. X apa ler.. Bak kata bos kita Mr. Patrick " Family first".

So sbg mengakhiri mggu terakhir dia kat cni, kami adakan jamuan mkn.

Hari isnin, kita owg wat potluck. Sume owg bersama menyumbangkan juadah. Sepjg ari duk makan jerk. tgk jer ler gambo kat bwh ni. Meriah woo...


Pulut kuning ni aku yg bwk. Sebab.....

kak siti (ladybos) aku bwk rendang ayam.

Nasi minyak ni laks nonie yg masak.

Dimakan bersama kari ayam hasil air tgn mak Nur.

Roti jala ni Kak zura yg bwk.. Bwk jer tau. Yg buat tu jiran dia.

Nak namakan ini sbg apa aar.. Klu aku pggil aje jelatah, tp sbb siva yg wat nyer kita ikut siva jer ler - salad.

Kek ni, Nur yg bwk klu x silap aku ler.


Huhuhu.. sapa bwk ni aar? X ambik port pun psl ni aritu.



Sebhgian dr staff Triship. Dr kiri siva, jaya, nur n nonie.

Sebaya tp berbeza status.



X cukup ngn jamuan mkn hari isnin, semalam (jumaat) pun mkn gak. Tp kali ini bkn potluck. Kitowg kecek bos soh blanja. Asyik ckp jerk. Kali ni wat muka x malu jer tuntut kat bos. Thanks kat siva, jaya n kak zura yg masuk bilik bos. Ajukan permintaan ini. Bos blanja kat .....

Kenny Rogers Jusco Bkt Tinggi.

Sementara menunggu mknan sampai, bergambar ler dlu. Dari kiri cepat senyum. hehehe..
Kiri : nonie, kak siti, kak zura, jaya n siva.

memperkenalan air aku n kak siti.

Apa ntah nama air si nonie ni order. 3 jenis air jerk yg sempat aku snaps kan. Yg lain tu gambo x jelas. N then x blh lebih2 sgt, bos ada. kang dia ckp aku ni jakun sgt.


2 sets family meals yg kitowg order.

zoom in ckt.

Bersama ngn hidangan sampingan. huhuhu ckp melayu jer ler aar.

spaghetti ni mmg sedap.. ngalahkan kat pizza hut.
Itu aje gambo yg sempat aku snaps kan. Sbb sebhgian ms yg lain kitowg melantak. Masa rehat dr 1 jam jd 2 jam. skali skala x pe. Lg pun bos ada skali.



Pesanan wat nonie - Aku minta maap klu ada slh silap aku pd ko slama ko keje kat cni sama2 ngn aku. Aku betui2 terasa kehilangan ko. Kini tinggal aku n kak zura jerk. Kita dh kenal lama. Ms mula2 ko dpt keje cni aku mmg seronok. Klu blh aku nk hlg ko dr berenti tp aku sndri akn berenti x lama lg. X kira kat mne ko berada or kat mne ko akn keje nnt, aku doakan semoga ko success slalu. Kol aku, ym aku tau. Aku psti rindu ko. Byk dh rahsia kita simpan bersama. Ko dh mcm adik aku. Aku syg ko.... Muahhh...

Monday, November 2, 2009

SEHARI DI PD

Entry ini lambat disiarkan krn tuan empunya blog bz ler. So demi memenuhi permintaan ramai (ramai ker?) aku update kan blog ni khusus wat kowg sume.

Ahad lepas yakni ujung minggu lepas ler kan, aku joint geng2 hubby aku berpicnic kat PD. Last skali aku pergi PD ni ms zmn aku msh suci lg.. Hehehe.. Kira2 12 thn lepas. Dah lama gak tu. Actually aku x ler xcited sgt nk pergi membakar diri di tgh pns ni. Mmg x suka sesgt. Tp demi memenuhi kuota aku g gak ler. Disamping itu aku nk gak berkenalan ngn rakan sekerja hubby aku dan ahli kuarga mrk. Sambil2 tu blh gak memperkenalkan diri sbg isteri MOHD AZAHARRUDDIN.. it's means Azahar tu dh beristeri yerk.. adik2 oii..

Sbb janji nk berkumpul depan parking lot sony sblum pkul 8.30 pg, so 5.30 pg aku dh bgn. Siap2 apa yg patut dan bertolak dlm pkl 6.30 pg. Kami bertolak dr sony ke PD dlm pukul 8.40. Dgn 11 buah kete. Sampai kat PD dlm pkul 11 lebih. Disbbkan pg td mmg x sarapan, sampai jerk trus isi perut. Perghhh.. Mcm2 ada. Ada nasi lemak, nasi campur, bihun goreng, mee goreng, roti jala, sambal sotong, sate dan bermacam2 lg ler. Korg tgk ler sndri. Kfc n burger mcD sampai lewat ckt.







Ada gak BBQ.

Aiskrim percuma.

Aksi2 airel n aiman berendam.


Muka Aiman slps acara ambil gula2 dlm tepung.


Peserta lelaki dlm acara makan burger mcD.
Lepas mandi, sambung mkn balik. Sambil2 tu dgr ucapan dr bos hubby aku.
Hadiah2 yg diperolehi.


Pemandangan di tepi pantai. Air surut woo... penat berjalan ke gigi air.


Pose terbaik airel yg kepenatan.