My Heroes

My Heroes

Sunday, March 4, 2012

MENITIS AIR MATA KAMI..

Pagi tadi berlaku sedikit ketegangan kami, suami isteri. Punca perbalahan kami adalah berkisar pada anak sulung aku tuh. Benar kata org, kerana ank2, mak bapak bertegang leher.

Beberapa hari lepas berlaku sesuatu kejadian yg tak pernah terpike utk aku melakukannya. Secara tak sengaja dan tanpa niat, aku tlh mencederakan Aiman. Kesannya mmg masih berbekas sehingga hari ini. Tipu lah kalau sbg seorg ibu, aku tidak menyesali perbuatan aku itu. Segalanya berpunca dr amarah ku yg tak dpt aku bendung lg. Kedegilan Aiman menyebabkan tanpa aku sedari, aku tlh mencederakannya. Penyesalan yg x prnh padam setiap kali aku memandang wjh Aiman.

Namun, naluri keibuan aku benar2 tersentuh apabila melihatkan Aiman seakan2 tidak menyimpan dendamnya kpdku. Dia msh berlagak spt biasa seolah2 tiada apa2 yg berlaku antara aku dgn dia. Biarlah ini pertama dan terakhir aku melakukan kesilapan ini. Maafkan, ammy.

Pagi td, sekali lg kenakalan Aiman terbongkar dan menjd punca perbalahan antara aku dan suami. Krn malas utk menyelesaikan latihan di dlm buku aktiviti, dia mengoyak dan menyorok helaian kertas itu di dlm almari. Krn tidak mahu aku terlepas laku, maka ku adukan perbuatannya itu kpd ayahnya. Alasan pertama yg diberikan oleh Aiman, berupa 1 rekaan. Apabila penipuannya tdk m'jd, dia memberi 1 lg alasan. Kali ini msh blh ku anggap sbg 1 rekaan juga. Namun suamiku blh pula menerima alasannya. Tiada denda, tiada pengajaran yg diberi cuma hanya sekadar amaran.

Amaran?? Sdh byk amaran yg diberikan. Tetapi Aiman bgaikan tidak lut. Tindakan suamiku itu sdh pasti mengundang rs tdk puas hati aku. Maka berlakulah sedikit pertelingkahan. Aku menamatkan pertelingkahan itu bkn krn aku puas hati dgn alasan suamiku, tp krn aku tdk mampu trs menahan air mata ini. Aku x mahu menangis di dpn ank2 dan adk aku, maka dgn itu aku melarikan diri ke dlm bilik.

Seketika kemudian, suamiku menyusul. Berlaku kembali perbalahan kami. Di saat aku tersedu2, aku betul2 tersentak melihat suamiku turut menitiskan air matanya. Katanya, dia tak sanggup melihat aku memperlakukan sebegitu kpd Aiman. Ketegasan aku terhadap Aiman mengingatkan dia kpd kisah2 silam ketika dia seusia dgn Aiman. Dia merasa tertekan saat dia dipaksa belajar tanpa mengira waktu oleh ayahnya.

Pelbagai tanggapan yg diperolehinya apabila dia sentiasa gagal memberi keputusan yg diinginkan oleh ayhnya. Sehingga katanya, akibat tertekan, dia melarikan diri dr rumah. Dua tiga kali dia mengesat air matanya.

Aku keliru. Apa yg ku lakukan selama ini sekadar utk mengembalikan tumpuan Aiman terhadap perbelajarannya mengundang tanggapan buruk org lain. Bkn niat aku utk memaksa Aiman mencapai cita2 dan impian aku. Aku tahu tahap kemampuan Aiman. Bezanya skrg dia tdk mahu berusaha.

Aiman bknlah murid yg teruk. Tahun lps, dia prnh score 48/50 utk subject maths. Markah tertinggi dlm kelasnya. Dan pd thn yg sama, dia memperolehi sains 98%. Dia blh jika dia mahu. Dan aku tahu dia mmg mampu. Cuma hatinya, pemikirannya tdk terbuka utk berusaha.

Apa perasaan Aiman jika dia tahu ibu dan ayahnya menangis kerana dia? Menangis kerana seorg terlalu tdk terdaya utk mengubah anaknya dan seorg lagi menangis krn tdk mahu anknya melalui penderitaan yg prnh dilaluinya.

Aku.. Sehingga hari ini, masih menyesali hidupku. Seandainya mak abah mengambil berat ttg pendidikan aku pastinya aku blh berjaya dlm hidup. Kerana itu aku tdk mahu Aiman melepaskan peluang ini. Segala keperluannya ada di depan matanya. Bagi aku, Aiman patut bersyukur krn hidup dlm kesenangan. Segala pintanya tdk prnh dihampakan.

Score A, buku2 rujukan, buku2 aktiviti, tusyen, semua sudah tersedia utknya. Namun dia tdk menggunakan sebaik2nya kemudahan yg ada. Ada2 saja kerenahnya, penipuannya dan gelagatnya utk mengelak satu2 arahan.

Sekali2 aku tidak mengharapkan sesuatu yg diluar kemampuannya. Jika hendak m'dptkan satu A pun pyh, masakan aku blh meminta sehingga 5A. Aku hanya mendorong dia, dan dialah yg perlu berusaha.

Dan aku, walaupun kdg kala terlepas juga kata2 kesatku kpdnya.. tetapi aku amat menyayangi dia. Dialah dan adiknya adalah kedua2 mataku. Kedua2nya amat aku sygi. Terlalu sayang. Aku sdh berusaha. Dan apa yg blh kulakukan kini hanyalah berdoa.

No comments:

Post a Comment