My Heroes

My Heroes

Thursday, February 9, 2012

FAMOUS SATU KETIKA DULU

malam td, sibuk hubbyku menjawab panggilan dr kilg. mcm ada problem bsr sajerk yg berlaku. sepintas lalu aku teringat kemvali sewaktu aku berkerja di Unisem dahulu. ms tuh umurku baru 24thn. kekeliruan yg aku bawa ke tempat kerja bla mrk tidak dpt meneka usia sebenar aku. ada yg menganggap aku lepasan spm.

di sana juga tanpa aku menduga aku turut tergolong dlm kumpulan yg agak terkenal. sbb per? aku sndri xtahu. msh teringt ( dan msh lg tersenyum sendirian ), pabila mesin yg ku jaga meragam, dan x prnh perlu aku bersunggut krn technician seakan sentiasa standby utk membantu aku. berbeza dgn mak cik2 lain, mrk terpaksa menunggu hampir sejam utk technician dtg membetulkan mesin mrk. kdg kala terdgr juga usik2an dan sindir2an mak cik2 yg x puas hati dgn layanan technician terhadap aku.

ada juga yg bg hint ign berkenalan dgn aku. klakar jugak waktu itu krn aku mmg dh punyai ank satu. x kurg juga usik2an tech2 di sana yg x abis2 mencari 'pasal' dgn aku. kdg kala sampai segan silu aku nk pggl mrk tatkala mesin shutdown. bkn aku sorg saja jd bhn usikan mrk, ada lg 2-3 operator yg senasib dgnku. xkurg juga ada tech yg sengaja buang masa membetulkan mesin kami semata2 utk berbual2 kosong mengenali kami.

prnh terjadi, ketika aku bekerja shift mlm, mesin yg aku jg tetiba2 wat hal. bila aku pangil tech. 5 org skali dtg. seakan berpakat mrk berlima asyik mengusik aku dgn pelbagai gurauan. sehingga mati akal aku utk melayan mrk berbual. supervisor aku pula agak sporting orgnyer sehingga kan dia x kisah riuh rendah suara ketawa tech2. krn supervisor aku tuh juga lah no telpon aku terlepas ke tgn tech department lain.

hampir setahun aku bekerja di sana, hanya teman2 rapat saja yg tahu status aku. yg lain hanya terkejut sewaktu mengetahui aku akan berhenti utk mengikut hubby aku pindah ke sini. dan pabila mengetahui aku sudah berkahwin lama, bagaikan reporter mrk bertanya ttg hal2 peribadi aku.

ada juga aku terima notes berbaur kecewa dr seorg tech. klakarnya krn aku x prnh memberi sesiapa harapan utk mendekati aku. dan aku juga tidak prnh merahsiakan status aku pd sesiapa yg bertanya. salah mrk juga krn menilai aku dr luaran semata2.

kini semuanya tggl kenangan. sudah ramai yg berhenti dr unisem. mungkin xkan dpt aku jumpa lg. semua itu hanyalah penyuntik semangat aku utk ke tempat kerja shj. sume itu penghibur hatiku di kala duka. di saat itu tiada siapa tahu keperitan hidup yg aku lalui. setiap hari aku bekerja berulang alik dr beruas ke simpang pulai meninggalkan ankku yg baru berusia 3 thn siang dan mlm dibawah pengawasan adkku yg hanya ketika itu berusia 17 thn. bekerja mencari rezeki yg x seberapa bg menampung keperluan kuarga di kala hubbyku kehilangan kerjanya.

saban hari, di sebalik senyum dan tawaku di tempat kerja, aku asyik memikirkan bagaimana ankku di rumah. dan di sebalik senyuman itu juga aku menyembunyikan penderitaan hidup.

Kini semua dh berakhir. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment