My Heroes

My Heroes

Friday, September 4, 2009

BERKONGSI KASIH

Aku terpanggil untuk mengemukakan pendapat aku ttg poligami. Mungkin sebgai wakil kaum hawa yg kurang bersetuju dgn perkongsian kasih ini. Fakta2 yg aku kemukakan ini adalah sekadar yg terlintas di fikiran aku. Xde survey opinion kaum hawa yg lain.

Bukan kami menidakkan hukum Allah. Jika itu sudah ditakdirkan kami berkongsi kasih dan berkongsi KESENANGAN dgn kaum sejenis kami, apa yg mampu kami lakukan. Selain terima dgn hati yang terluka. Mungkin ada kaum hawa yg rela dimadu tetapi bukan semuanyer.
Disini, aku nyatakan sebabnyer :-

1. Kaum suami akan berkata : Walaupun abg kawin lain abg janji perhatian abg x berbelah bahagi.
Bg aku : Itu satu penipuan kerana kalau dulu 24 jam sehari – 9 jam keje x 5 hari + 48 jam (sabtu n ahad) = 123 jam seminggu ko ada bersama ngn family ko… skrg ko nk bahagi lak 2. Perhatian mmg x berbelah bahagi namun akan jd kurang.

2. Kaum suami akan berkata : Abang masih seperti dulu xkan berubah.
Bg aku : Blh ker? Kalau dlu sama2 jaga ank, gilir2 bgn malam bancuh susu. Skrg ni bla kena turn yg sorg lagi, kaum isteri yg sendrian uruskan rumahtangga dan ank2. Suami still dpt bantuan uruskan ank2 samada sebelah sini atau sana sbb bini2 dia kompom ada kat umah.

3. Kaum suami akn berkata : Apa yg abg beli kat saner, abg beli kat cni gak.
Bg aku : Iye ler tu… Klu dlu time dpt duit bonus bini dpt gak bli rantai emas bsr ibu jari. kali ni dpt besar jari kelingking je. Klu kelingking dia xper gak ni kelingking ank. Huhuhu..

4. Kaum suami akn berkata : Abg mampu dr segi zahir dan batin
Bg aku : Dlu masa mula2 kawin.. hidup susah, laki bini keje siang malam, bini tebalkan muka pinjam duit kat kawan2, mak bapak, adik beradik sbb kat brg kat dapur dah kering, ank xde susu.. ada pikir ke pengorbanan bini tu? Skrg dah senang … senang2 nk share ngn org lain. Bini muda akn suka. Dia masuk umah cuci kaki jerk. Bini tua makan hati.

5. Kaum suami akan cakap gak : Abg xkan beza2 kn isteri2 abg.
Bg aku : Sblum kawin mmg ler. Bla dh dpt tuuttt. Walaupun x ckp kat mulut tp dlm ati berbisik gak. Ketat x ketat.

Aku rasa cukup ler takat 5 ni jerk dlu. Tp sblum tu aku nk tya kaum suami yg ada cita2 nk tambah menambah ni.

Apa perasaan korg klu perkara spt ini terjadi kat adik korg ker, mak korg ker or ank2 perempuan korg 1 masa nnt?

Apa akan korg lakukan jika mrk dtg menemui korg dgn berambu air mata menceritakan suami mrk nk kawin lain?

Blh kah korg memujuk mrk dgn berkata Islam mengizinkan poligami?

Tidak takutkah korg jika nasib mereka n anak2 mereka terabai?

So sblum nak buat keputusan yg menyakitkan hati tu ..

LU PIKIR LER SENDIRI!!!!!

RAYA DULU2 RAYA SEKARANG2

Lg 2 minggu Aidilfitri akan menjelang tiba. Baju ank2 dh beli. Cuma tinggal baju melayu utk dorg saja. Aku laks.. baju 3 pasang yg aku tempah utk pakai ke pejabat beberapa bulan lalu baru saja siap. Nampak gayanyer pakai masa raya lak jawabnyer. Tapi kena gak tambah sepsg lagi. Hubby aku lak x byk kerenah. Maybe dia prefer jeans and t'shirt jerk. Baju melayu dia tahun2 sudah berpasang2 x terpakai. Langsir ready-made dh bli. Kuih raya laks mana2 blh dpt. Senang saja hidup skrg sume ada depan mata.. Yg penting duitnyer kena ada.

Terigt pulak masa aku kecik2 dlu. Enam beradik sume nyer. Abah sorg jerk keje. Keje kg jerk. Mak lak mmg dr dulu surirumah. Tak dpt membantu abah sbb penyakitnyer itu. Masih aku igt mak pernah ckp klu dia x sakit sure dia tolong abah mencari rezeki.

Klu sebut psl baju raya.. Humm... kami adik beradik kena bergilir tukar baju. Klu tahun ni aku n emak, tahun depan adik2 aku yg berdua tu plak. Klu ada sedara mara yg sedekahkan baju dorg yg x muat, agak2 yg cantik ckt kami akan simpan buat baju raya. X kisah ler berlipat2 kain kat pinggang atau lengan baju. Nasib baik ler kitorg ni dlu2 sama saiz jerk.. Aku blh pinjam baju mak. Lina n ezan lak blh pinjam2 baju masing2. Adik2 yg kecik2 tu abah bli baju murah2 jerk. Waktu tu jgn harap ler nk mintak baju lebih dr sepsg.

Sebut pulak psl biskut raya. Paling byk pun 3 jenis jerk. Bahulu, kuih loyang (rose) dan kuih bakar. Itu jerk yg termampu. Sume kami buat sndri. Langsir laks? mmg xde istilah nk pakaikan tingkap kat umah kitorg tu langsir. Kami sndri pun x tukar baju. Ni nak buang kain buat langsir lak. So tingkap kitorg mmg berbogel jerk. Igt lagi, abah suka sgt buat ketupat daun palas. Tiap2 tahun. Rendangnyer lak rendang kerang. Itu jerk yg kami termampu ketika itu.

Bertahun2 jugak xde sorg pun tetamu mahupun kawan2 aku yg dtg beraya ke rumah. Mungkin dorg mengerti kesusahan aku waktu tu kot. Aku x pernah kecik hati. Malu? Sejujurnyer aku x prnh berasa malu hidup dlm kesempitan mcm tu. X pernah terfikir pun knp aku susah n kenapa org lain senang.

Raya mmg menyeronokkan. Kami dpt kutip duit raya, makan sedap2. Nak makan rendang ayam or daging.. x dpt mkn kat umah sndri kami serbu umah org. Begitu daif kami masa tu. Lps SPM aku keje. Baru ler blh bernafas ckt. Dlu2 bonus dpt time raya. So sume org dpt sepsg sorg baju raya. Termasuk ler abah aku yg x prnh berganti baju. Biskut raya pun dh byk dh. Sbnarnyer kalau aku pulun sorg2 duit bonus tu, mewah aku rasa. Tp aku seronok bla tgk adik2 happy dpt baju raya. So tiap2 tahun aku tukarkan baju dorg.

Bila sorg demi sorg dh abis belajar. Abah semakin senang. Klu dlu umah mcm nk runtuh skrg ni x lg. Hehehe.. Dtg ler umah aku raya ni klu nk tgk rumah kitorg. Berbeza sgt2. Alhamdulillah. Rezeki abah pun melimpah ruah.

Eh.. Jgn ckp aku lps sekolah, keje dh hidup senang.. Aku msh menghadapi kesempitan hidup gak. Masa aku baru2 kawin, mmg susah. Prnh ada 1 tahun aku xde baju raya lgsg. Aku ckp kat hubby aku ms tu... Mcm ms saya budak2 dlu.. xdpt tukar baju. Dia diam saja. Alah bg aku bkn penting sgt pun baju raya tu. Tp berkat sabar kami.. skrg ni kami blh dikatakan x mewah tp senang ler. Klu dulu setahun skali nk tempah baju pun x mampu, kini kerap jugak aku bli baju. Baju raya n x raya dh xde bezanyer. Isk.. Riak le plaks.

So bla tgk rancangan Bersamamu TV3. Aku slalu terkenangkan kesusahan kitorg dlu. Yg amat aku sesalkan bila ada yg ambk keputusan berhenti bersekolah. Huh.. Tindakan mrk tu merugikan mrk sndri. Mrk akn mewarisi kesempitan hidup dr org tua mrk. Klu dulu SPM ada value skrg ni jgn harap ler. Hidup ini ada turun naiknyer. Aku dh merasa kehidupan itu. Klu blh aku x mahu mengulangi kembali tp klu itu satu ujian dr Allah S.W.T. Mampukah aku menolaknyer.

Namun ada gak adik beradik aku yg lupa sume itu. Maklum ler dunia ni slalu berputar. Ada yg bla dh rasa kesenangan lupa akn kesusahan. Ada jugak yg lupa erti berusaha yg ada pd mrk adalah utk mengejar keseronakkan semata2. X prnh bersyukur dgn apa yg ada. Tercuit ckt mula ler melatah. Entah ler. Mungkin mrk x prnh merasa sesukar yg aku rasa. Inilah realiti kehidupan ada yg bila dh duk kat atas bongkak dan riak. Ada juga yg duk kat bawah x prnh nk ambk inisiatif utk berjaya. Dan aku ditengah2 nyer.

Tuesday, September 1, 2009

SAYANG ANAKKU SAYANG

Smlm aku berkesempatan tgk 1 filem yg ditayangkan kat astro prima. Tajuk nyer... SAYANG ANAKKU SAYANG.. Filem ni dh lama sebenarnyer. 1st time aku tgk masa tu aku msh kecil n suci lagi tuh..

Mmg sedih. Half dari story tu penuh dgn tangisan. Masuk ni dh 3 kali aku tgk. 3 kali gak berambu air mata aku. Aku ni bukan jenis yg mudah mengalirkan air mata (bab2 tgk cite le tp klu psl hati n perasaan mmg aku cpt menangis).

Cite nyer berkisar ttg 5 org adik beradik yatim piatu. Si abg yg sulung (lakonan aziz m.osman) terpaksa menyerahkan 3 org adik nyer kepada org lain. Adiknya yg pertama diambil sepasang suami isteri dan didera serta dibuat seperti org gaji. Adiknye yg ke2 diberi kepada sepasang warga tua (lakonan mak enon) yg juga merupakan jiran mereka. Adiknya yg bongsu diambil sepasang org kaya di kota ttp kemudian melarikan diri.

Secara kasar jln cite nyer mmg tidak menarik.. terlalu simple. Tetapi tangisan n rintihan ank2 kcil itu begitu menyayat hati. Mrk begitu pandai membawa watak sehingga setiap dialog yg dituturkan begitu natural tidak seperti membaca skrip.

Tetapi smlm aku terpaksa menahan tangis kerana Aiman turut menonton cite tersebut. Malu beb klu dia tau aku menangis. Tp aku tgk dia turut terkepil2 menahan air mata. Hehehe..
Merah gak hidung aku smlm.

Apa yg aku suka filem tersebut dilakukan di kg. Suasana nyer x ubah spt kg halaman ku dulu. Jln tanah merah, kebun getah, rumah tepi sungai dan penuh tumbuhan menghijau. Terigt masa kecil2 dlu. Meranduk hutan mencari pucuk paku. Berendam dalam sungai. memanjat pokok mangga setinggi bumbung rumah. Bestnyer... Budak2 zaman skrg jrg dpt merasa fenomena itu. Anak aku pun xtau mcm mne pokok padi. Tak aper ler aiman, dlm p'jlnan balik kg nnt kita mintak ayah singgah kat sawah padi yerk.

Kalu korg x percaya.. rajin2 ler survey cite tu kalu2 ditayangkan lagi.


p/s ada sesapa igt x aku pernah berlakon semasa pementasan tingkatan 3. Cite mak tiri. Aku le jd mak tiri tu.. barisan pelakonnyer aku x igt. X silap aku salah sorg nyer Rohana Othman (madu aku dlm cite tu). Bila dikenang kembali.. kelakar beb.. Kain sarung aku terlucut kat ats pentas. Nasib baik aku pndai cover. hahaha..