My Heroes

My Heroes

Wednesday, July 1, 2009

KESUDAHANNYER...

Sepatutnyer 2 hari lps lg aku updatekn cite psl Kak M. Tapi disebabkan ms yg x mengizinkan aku t’paksa ler tangguhkan kejap.
Utk pengetahuan korg, beberapa jam slps entry kat bwh aku postkn kat sini.. Aku trima pggilan dr Kak Y yg menyatakan bhw jenazah Kak M akn dibawa pulang ke rumah nyer di sini utk dikebumikan. Ahli keluarga Kak M pun dh sebulat hati menerima pemergian Kak M.
Aku tidak sabar utk menatap wajah Kak M buat kali terakhir. Beberapa jam berlalu, tatkala aku menghubungi semula Kak Y utk mendpt kepastian samada Kak M dh sampai ke rumah atau tidak, aku diminta pula menghubungi Mak T. Aku akur.
Berita yg amat menghampakan tatkala aku diberitahu bhw jenazah Kak M akn dikebumikan di Melaka. Aku mula protes wlaupun aku tahu siapalah aku. Apa yg ku lakukan ada logiknya krn biarlah Kak M bersemadi dekat dgn ank2 nyer. Bukan aku seorg saje berfikiran begitu malahan semua sanak saudara pun berpendapat sama. Namun apakah yg menjd punca jenazah Kak M tidak blh dikebumikan disini?
Biar aku story ckt.. Semua org tlh sepakat dan atas memenuhi permintaan ank2 Kak M, Kak M akan bersemadi disini. Namun Abg Kak M tidak bersetuju. Dia mahu bw Kak M balik ke kg halamannyer. Atas alas an apa aku x tau. Pertelingkahan berlaku di hospital dan hampir2 mencetus pergaduhan. Akhirnya keluarga Mak T, suami Kak M (abg A) terpaksa akur. Mungkin x mahu Kak M terus terseksa. Ketika aku menghubungi Mak T, ahli kuarga Mak T sedang memujuk ank2 Kak M. Kasihan mereka. Sudah ler terpaksa berpisah dgn ibu mereka, kini terpaksa berjauhan pula dr tempat persemadian.
Doa aku, semoga ank2 Kak M tabah menghadapi dugaan ini. Aku sndri pun yg kehilangan opah awal tahun ini pun sering bersedih setiap kali mengenangkan arwah. Inikan seorg ank kecil yg kehilangan ibunya. Sedihnye..
Bersamalah kita sedekahkan AL-Fatihah utk Kak M.
SEMOGA ROH KAK M DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORG2 YG SOLEH. AMIN…

No comments:

Post a Comment