My Heroes

My Heroes

Monday, June 29, 2009

DOKTOR DAH SAHKAN DIA ..... TAPI .....

Sabtu, 10.30 mlm.
Aku trima pggilan dari seorg abg saudaraku.. Katanya,
“Ko tau x bini A koma n skrg ni ada kat hospital kat KL nuu?” Aku tergamam. Sbg seorg insan yg begitu prihatin ngn sedara mare, aku ckup kenal ngn Kak M ni. Malah aku prnh juga tggal dgnnya 1 ketika dlu ketika aku msh belasan tahun.
“Bila? Knp?”
“Dia ada ketumbuhan dlm otak.. Dh pecah. Tghari td msuk“
“ xtau lak… Patut ler Lina dpt miss call dr Mak T td..”
“Mne Abg D tau ni” Tanyaku lg.
“ Y call abg td gtau.”
“Ko ada no tel dorg x… Mak T ke, Abg P ke, Abg A ke… Sesapa le?”
“Nnt linda check ngn lina.. Rsnyer Lina ada kot.” Stlh memutuskan pggilan, aku arahkn lina cari no tel ahli keluarga berkenaan. Sementara itu aku call lak Yoep aku. Dlm perbualan aku ngn Yoep aku kitaorg set nk g melawat Kak M kat hospital keesokkan harinyer.
Bila no tel Mak T dh berada di tgn aku.. Aku cpt2 call dorg nk tau cite sbnarnye. Dipendekkan cite…. Sorg pun xtau Kak M ni ada ketumbuhan dlm otak… Hmmm alahai.. Siannye.. Skrg dia ada kat Hospital Besar KL. Spt yg dijanjikan aku hntar ler no tel Mak T pd Abg D.
Ahad, 9.44 pg
Aku trima pggilan dr LIna. Ms tu aku kat psr pg. Katanyer ,
“ Yoep call td gtau… Kak M dah xde” Aku sebak… Xde rezeki aku nk jumpa dia.
“Yoep pesan lg… kita x yah g KL.. Kita tggu jer jenazah sampai kat umah dia.” Sambungnyer lg.
“ ok “ Jwbku pendek. Aku inform Abg D ttg pemergian Kak M. Ms tu dia on the way nk g Hospital KL.
Pukul 12.06 tghhari
aku trima pggilan dr Kak Y (adik Abg A)… Katanyer,
“Kak M tgh nazak… Maybe kejap lg doktor akan cabut wayar n kami akn bwk dia blk” Aku tercengang.. Aik.. Pg td ckp dh xde. Tp ayat tu t’sangkut kat kerongkong.. x terluah takut menyinggung perasaannye.
“K ler.. Kami g kat umh dia ler nnt. Klu nk g sne tkut nnt x smpat.” Terangku sblum memutuskan pggilan. Aku call Yoep aku smula.
“ Td yoep kata dh xde.. bru jap td Kak Y call ckp dia tgh nazak.. Mcm mne ni?” Sedikit penerangan aku dpt dr yoep. Katanyer ,
“ Hidup dia skrg bergantung pd mesin.. Doktor kata xde hrpan. Maybe itu yg dorg kata dia dh xde.” Lebih kurang g2 ler penerangannyer.. K le.. aku pun mls nk beratkan kepala nk pikir. Trima jerk ler.

Pukul 1.44 ptg
aku dh b’siap2 nk g umah yoep. Kitaorg akn convoi ke umh Kak M nnt. Sampai jer umh yoep ckp Kak M blum bwk balik lg.. Msh kat hospital. X per ler maybe prosidur bwk plg tu mkn masa.

Pukul 3.30 ptg
aku msh kat umh yoep. Aku dh bosan menunggu. Mata dh ngantuk. Aku call Mak T tye situasi sbnar.. Abg P yg angkat phone katanyer Kak M msh kat hospital lg. Aduh.. Lembabnyer prosidur. Baik aku tidur dlu..

Pukul 5 lebih
kami sepakat nk g umah Kak M jerk. Mak T dh ada kat sne. Maka bertolak ler kami ke sne. Sampai kat sne bruler kami tau cite sbnarnyer..
Ikut kata Mak T… Kak M dh xde… Doktor dh sahkan dia dh pergi. Suami (Abg A) dh mengizinkan wayar dicabut. Malangnyer kuarga Kak M x setuju. Kata Abg Kak M..
“ Klu ko cabut wayar tu.. Kau bunuh adik aku.. Bini ko” Abg A serba salah.. Dia x nk menyesal seumur hidup. Dia sygkan bini nyer. Dia x brani buat keputusan.
“ Bini ko hidup lg… Ada nafas lg” Keputusan doktor mereka tentang. Sbnarnyer kata Mak T, nafas yg turun naik itu hanya ler oksigen kuar msuk yg dibekalkan oleh doktor. Kak M dh betul2 xde.. Kata Mak T lg, bdn Kak M dh keras, matanyer dh tertutup rapat.
Mak T cite lg… Kak M mmg slalu pengsan2, sakit kepala. Bwk jumpa doktor kata, serangan migraine saje.. Bg ubat dia dh baik. Bla Kak M dh lumpuh 1 per satu anggota bdn, dorg bwk berubat kat kg Kak M. Kata bomoh, Kak M terkena buatan org. Bla keadaan Kak M semakin teruk, Abg A bwk g hospital Melaka. Hospital Melaka antar Kak M kat hospital KL. Di sner lah, Kak M disahkan mengidap 2 ketumbuhan otak.. dan ketumbuhan tu dh pecah. Doktor x blh lakukan perbedahan krn Kak M dh koma. Lebih kurang g2 lebih citenyer.. Semasa Mak T bercerita aku msh ok. Namun bila Mak T bukak cite psl ank2 Kak M aku begitu terharu. Kak M ada 5 org ank. 4 perempuan 1 lelaki. Yg sulung berusia 16 tahun dan yg bongsu berusia 2 tahun. Seusia Airel. Kesiannyer ank2 nyer akn kehilangan ibu mrk di usia yg terlalu muda. Bagaimanakah jika aku di tempat Kak M. Meninggalkan ank2 yg terlalu kecil. Namun apakah daya jika itu janji kita dengan Yang Maha Esa.

Sehingga maghrib, tiada lagi tanda2 Kak M akn pulang. Maka kami pun minta diri utk pulang. Rumah Kak M kembali kosong. Jiran2 yg dr memenuhi ruang rumah juga telah beransur pulang.

Ps : sehingga entry ni ditulis, Kak M msh di hospital.

Ya Allah, jangan sekali2 kau cabut nyawa ku disaat ank2 ku msh kecil, masih memerlukan perhatian dan kasih sayangku. Kasihanilah mereka.

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan mereka ini. Kau bukakanlah pintu hati mereka yg tertutup untuk menerima ketentuanmu. Kau tunjukilah mereka dan Kau rawatlah kedukaan mereka. Amin……

No comments:

Post a Comment