aPa Yg B'LaKu BkN DiPinTA, ApA yG BaIk BkN uTK DiBanGga, DaN Apa Yg BuRuK BkN uTk M'BuKa PeKuNg Di DaDa.
My Heroes
Saturday, December 19, 2009
Ianya datang semula
Saturday, December 5, 2009
MUNGKINKAH INI ...
Bunyi Berdesing di Telinga (Tinnitus)
Pengenalan
Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai "tinnitus" adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya .
Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang kadang bunyi mengaum, berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia mungkin melibatkan satu atau kedua-dua telinga. Tinnitus mungkin merupakan satu satunya gejala penyakit yang ada pada seseorang yang menggugat tahap kesihatan seseorang.
Satu pertiga populasi mungkin mengalami masalah tinnitus pada satu ketika dalam hayat mereka. Kualiti hidup boleh terjejas akibat masalah ini. Kadar masalah tinnitus adalah tinggi pada usia 40-70 tahun dan lebih melibatkan kaum lelaki.
Tanda dan Gejala
Tinnitus adalah gejala penyakit dan bukannya sejenis penyakit.
Ia boleh melibatkan satu atau kedua dua telinga.
Bunyinya boleh dikaitkan dengan mengikut denyutan jantung/ tidak mengikut denyutan jantung.
Gejala tinnitus ini mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulang ulang
Gejala gejala berkaitan:
* kurang pendengaran
* sakit kepala
* pening kepala(vertigo)
Sebab-sebab
Ada beberapa punca tinnitus yang diketahui tetapi dalam kebanyakan kes, punca utama gagal dikenalpasti
Antara punca-punca yang dikenalpasti:
* Saluran darah tidak normal
* Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)
* Masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
* Kecederaan kepala
* Pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
* Ubat ubatan ( ubat penahan sakit, antibiotik)
* Tumor dalam telinga dalam ( acoustic neuroma)
* Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
* Tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
* Angin ahmar
* Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi.
Dalam kebanyakan kes, tinnitus adalah disebabkan oleh pengumpulan faktor faktor di atas
Gejala-gejala di bawah memerlukan perhatian serius:
* Tinnitus yang berterusan mungkin tanda awal tumor di telinga tengah atau otak
* Tinnitus yang bunyinya seperti denyutan jantung di satu telinga mungkin tanda awal penyakit yang serius .
* Tinnitus yang bertambah teruk atau pun disertai oleh gejala-gejala lain
Komplikasi
Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja dan tidur
Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius
Rawatan
Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca punca tinnitus tidak dapat di fahami sepenuhnya
Telinga dan masalah perubatan lain harus diberikan rawatan sewajarnya dengan ubat atau pembedahan.
Ubat-Ubatan
Ubat-ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan untuk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yang dapat memperbaiki kualiti tidur.
"Masking"
Alat bantu dengar untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran
Tinnitus "masker" untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran / pendengaran normal
Alat tinnitus; kombinasi alat-alat di atas
(rawatan ini di berikan oleh pakar pemulihan pendengaran(audiologist)
Pembedahan tidak dapat membantu menghilangkan tinnitus buat masa ini
Pencegahan
* Bunyi bunyi yang lembut boleh mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus. Pesakit boleh mendengar bunyi tersebut untuk beberapa jam sehingga terlelap
* Elakkan mengambil kopi, teh, coklat, cola, alkohol, atau produk yang mengandungi kaffeine
* Elakkan merokok
* Elakkan ubat ubatan yang menyebabkan tinnitus seperti aspirin /NSAIDs .Aspirin boleh menyebabkan tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
* Elakkan mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau tidak ada alternatif lain.
* Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
* Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini mungkin boleh membantu.
Friday, December 4, 2009
KISAH DI BILIK TIDUR
Seperti yg korg tau (yg ambk tau ler), ank sulung aku si Aiman tu jaraknya ngn adik dia 7 tahun. Ops.. Knp terlajak jauh xyah nk story yerk wlaupun story tu still t'kategori dlm title ni. X baek.
So korg bygkan ler.. bila dh jauh jaraknya, it's means dia ni manja le kan. So sepjg 7 tahun tu jrg sgt dia tidur berasingan dr kami suami istri. 1 katil tidur bertiga ler. Dah puas aku cuba memisahkan dia tp x jln gak. Dia kata nk katil dh bli katil tp still mcm tu gak.
Aku prnh sarankan kat hubby aku spy bentangkan toto kat bwh. Bg dia tido kat c2 mcm setgh2 psgan wat. Tp hubby aku bantah habis2an. Ank kesygan ler katakan. Dia laks sggup tido kat bwh. So smpai ler aku dpt Airel, bru ler Aiman mau berpisah dr tmpt tido. Tp syaratnya ada org yg teman dia tido. Nsb baik ler adik2 aku duk skali ngn aku, so xde mslah ler. Skrg ni adik2 aku dh pindah. Aiman dh start balik tido ngn aku. Yg x best nyer wlaupun toto dh dibentang kat lantai, mlm2 still dia menyusup naik ats katil aku. Klu tido diam2 x per ler gak. Ini idak. Dah mcm ikut putaran jam lak. Berpusing sna, berpusing sini. Kdg kala kaki tgn dia naik ke muka aku.
Paling yg x best nyer, bila time hubby aku balik. Mmg mula2 dia tido kat bwh tp bila aku sedar2 jer dia dh ada kat ats katil. Korg bygkan ler 1 katil tido 4 beranak. X ker parah namanya tu. X blh bergerak lgsg.. terkejung jer kat situ. Kekdg aku bgnkan dia soh dia tido balik kat tmpt dia. prnah skali tu 3x aku bgnkan dia.. tp pas2 ada balik dia ats katil tu.. Klu esok pg nya aku tnya knp dia tido ats katil ngn aku, dia jwb dia xtau bla ms dia naik ats katil tu. Kekdg dia tuduh aku yg angkat dia. Ada ke patut?
1 lg, kes cadar n sarung bantal. Aduhai... Sblum tido aku sarungkan bantal, betulkan cadar. tp esok pgnya sume bantal bogel. sarungnya laks bwh katil. aku xtau ler mcm mne jd mcm tu. Aiman n Ayahnyer ler punya keje tu. Sampaikan dh jenuh menyarung bantal aku biokan jer bantal tu berbogel. Klu bab cadar laks, mcm tu gak jadinya. Klu side aku x terjejas cadarnya lain pula klu side aiman or ayahnya, sure terselak cadar tilam. Xtau le mcm mne dowg tido.
Stop bab aiman n ayahnya. Bukak laks bab Airel. Si kecik ni pun dh start wat hal time nk tido. Bknnya x nk tido tp nk tido ats lengan aku. Dia sure nk aku mengadap dia. Klu kepala berpaling ckt pun dia msti nk ikut hala mana kepala aku. Pastu nk aku peluk dia jer. Melekat ler kitowg ank beranak. Klu dia dh terlena n then aku ubah posisi ikut keselesaan aku, pas2 dia tersedar sure dia merangkak mlm2 cari hala mana aku mengadap. tp dia ni tido x selasak abg dia. masih blh diterima lg ler.
itu jer ler story psl kerenah 3 owg buah ati aku tu. Ntah ler bila ler dowg nk berubah.