My Heroes

My Heroes

Monday, February 27, 2012

AIR DAN AKU..

hari ni area umh aku xde air. start mlm td dlm pkl 10. punca ganggu bekalan?? aku xtau. Hubby aku dah call SYABAS. dorg ckp akn check jap lae.


Ckp psl air, aku nk kongsi cite psl ms aku kecik2 dlu. Bg yg xtau, umh aku nih agak terpencil dr umh2 org lain. So bekalan air ms tuh memerlukan kos yg tggi utk sampai ke umh aku. Kos tu maknanyer duit yg abah aku kena byr utk dptkan bekalan air tuh. memandangkan abah aku keje sorg maka tidaklah abah berkemampuan utk menyediakannya....

So, mcm2 lar cara kami utk mendapatkan sumber air. Cara tradisi, guna telaga.. lama gak lor kitorg hidup dgn menimba air dr telaga. kering telaga nih, abah korek telaga tuh. Seigt aku ada lor 3,4 telaga yg kitorg gunakan. aku dah lupa rupa sebenar telaga kitorg tuh mcm mne. Tp mcm gambo bwh nih pon ada gak lor.

amacam?? ngeri x?

Air telaga nih kitorg guna utk membasuh dan mandi jerk. Air utk memasak dan minum kitorg guna air 'kok'. Apa itu air 'kok'?? aku sndri xtau asal usul perkataan 'kok' nih. Tp biarkan lor aku explaint ckt. 'Kok" ni merupakan 1 bongkah simen berbentuk silinder yang digunakan utk menakung air hujan yg mengalir melalui salur paip yg dipsg di bumbung rumah. Alah.. lebih kurg mcm tuh lor.

Pastu tetiba abah aku ckp tanah dah kering.. dia dah tak lalu nk mengorek telaga lae. maka kitorg kena lor guna sumber lain plak iaitu sungai yg berdekatan. Kat situ lor kitorg mandi manda & membasuh pakaian. Opss!! sungai kat umah aku tuh bkn jenis sungai yg mcm kat waterfall tuh yerk. Itu jernih airnyer. Sungai kat umh aku tuh terrrrrsgt lor jernih nyer.. phm2 udah. So mmg x heran lor klu uniform sekolah kitorg mmg sedikit kekuningan sbb asyik duk guna air sungai nih jerk. Air utk msk & minum still kitorg guna air 'kok'.

lebih kurg mcm nih lor kekeruhan air sungai tuh. kekdg lg keruh pun ada.

Slps itu, musim kemarau lor plak.. Hujan x turun.toksahkan air dlm 'kok' koreng kontang. Air dlm sungai pon cetek yg amat. kekdg tuh paras betis jerk. Nak mandi terpaksa lor kitorg korek pasir bg dalam ckt. X pon mandi pakai cebuk. hahahaha. Duk dalam sungai mandi pakai cebuk..

Bla dah mcm tuh maka terpaksa lor kitorg tebalkan muka g umh org amik air. segelen kitorg amik kitorg byr 50 sen. kekdg tuh klu terpaksa sgt kitorg amik kat masjid. Tp jrg lor wat mcm tuh sbb masjid jauh dr umh.

Sampai lor aku abis sekolah. X silap aku, tahun 1998 kot, baru bekalan air bersih dpt dibekalkan ke rumah aku. Tu pon guna duit aku n duit yop aku. X silap dlm seribu gak lor kena charge. Aku rs aku kuarkan dkt rm800 gak lor. itu pon duit kutu yg aku dapat.

Tu jerk lor aku nak cite. Amacam adventure x idup aku?? Sbb tuh aku menghargai sesgt lor kehidupan aku skrg. Syukur alhamdulillah.. Anak2 aku hidup x mcm aku hidup dlu. Tp ats kesenangan mcm tuh lor, bdk2 skrg nih mudah sgt lupa diri. Hurmmm..


p/s sume gambar di atas adalah perhiasan semata2..

Friday, February 24, 2012

MUNTAH IJAU LAGI...

Ya Allah.. Busuknya bau. bau apakah ini? kenapa aku sorang saja yang boleh menghidunya. Dah naik lembik badan rasanya. sampai ke perut sebu. Betoi2 pedih perut aku nih.

Bukan sekali dua muntah dah sejak 2,3 hari lepas. dah tak ada benda nak kuar dah dari mulut nih. Rasa macam tak nak duk umah jerk. Vicks & minyak cap kapak sentiasa di tangan. Air freshener pon dah banyak kali aku sembur semua tempat tapi bau tetap tak hilang.

Kalau berterusan macam nih, mau pengsan aku sengsorang kat umah ni nanti. naluri aku kuat mengatakan ianya berpunca dari najis burung merpati.

Ingat sekejap lg nak g klinik lar plak. nak mintak pendapat doc tuh. mana tau dia boleh sahihkan apa yang aku rasa nih. Kalau tak pun, dapat ubat pun jadi lar.

Thursday, February 9, 2012

FAMOUS SATU KETIKA DULU

malam td, sibuk hubbyku menjawab panggilan dr kilg. mcm ada problem bsr sajerk yg berlaku. sepintas lalu aku teringat kemvali sewaktu aku berkerja di Unisem dahulu. ms tuh umurku baru 24thn. kekeliruan yg aku bawa ke tempat kerja bla mrk tidak dpt meneka usia sebenar aku. ada yg menganggap aku lepasan spm.

di sana juga tanpa aku menduga aku turut tergolong dlm kumpulan yg agak terkenal. sbb per? aku sndri xtahu. msh teringt ( dan msh lg tersenyum sendirian ), pabila mesin yg ku jaga meragam, dan x prnh perlu aku bersunggut krn technician seakan sentiasa standby utk membantu aku. berbeza dgn mak cik2 lain, mrk terpaksa menunggu hampir sejam utk technician dtg membetulkan mesin mrk. kdg kala terdgr juga usik2an dan sindir2an mak cik2 yg x puas hati dgn layanan technician terhadap aku.

ada juga yg bg hint ign berkenalan dgn aku. klakar jugak waktu itu krn aku mmg dh punyai ank satu. x kurg juga usik2an tech2 di sana yg x abis2 mencari 'pasal' dgn aku. kdg kala sampai segan silu aku nk pggl mrk tatkala mesin shutdown. bkn aku sorg saja jd bhn usikan mrk, ada lg 2-3 operator yg senasib dgnku. xkurg juga ada tech yg sengaja buang masa membetulkan mesin kami semata2 utk berbual2 kosong mengenali kami.

prnh terjadi, ketika aku bekerja shift mlm, mesin yg aku jg tetiba2 wat hal. bila aku pangil tech. 5 org skali dtg. seakan berpakat mrk berlima asyik mengusik aku dgn pelbagai gurauan. sehingga mati akal aku utk melayan mrk berbual. supervisor aku pula agak sporting orgnyer sehingga kan dia x kisah riuh rendah suara ketawa tech2. krn supervisor aku tuh juga lah no telpon aku terlepas ke tgn tech department lain.

hampir setahun aku bekerja di sana, hanya teman2 rapat saja yg tahu status aku. yg lain hanya terkejut sewaktu mengetahui aku akan berhenti utk mengikut hubby aku pindah ke sini. dan pabila mengetahui aku sudah berkahwin lama, bagaikan reporter mrk bertanya ttg hal2 peribadi aku.

ada juga aku terima notes berbaur kecewa dr seorg tech. klakarnya krn aku x prnh memberi sesiapa harapan utk mendekati aku. dan aku juga tidak prnh merahsiakan status aku pd sesiapa yg bertanya. salah mrk juga krn menilai aku dr luaran semata2.

kini semuanya tggl kenangan. sudah ramai yg berhenti dr unisem. mungkin xkan dpt aku jumpa lg. semua itu hanyalah penyuntik semangat aku utk ke tempat kerja shj. sume itu penghibur hatiku di kala duka. di saat itu tiada siapa tahu keperitan hidup yg aku lalui. setiap hari aku bekerja berulang alik dr beruas ke simpang pulai meninggalkan ankku yg baru berusia 3 thn siang dan mlm dibawah pengawasan adkku yg hanya ketika itu berusia 17 thn. bekerja mencari rezeki yg x seberapa bg menampung keperluan kuarga di kala hubbyku kehilangan kerjanya.

saban hari, di sebalik senyum dan tawaku di tempat kerja, aku asyik memikirkan bagaimana ankku di rumah. dan di sebalik senyuman itu juga aku menyembunyikan penderitaan hidup.

Kini semua dh berakhir. Alhamdulillah.