My Heroes

My Heroes

Friday, February 4, 2011

TEMAN, LUANGKAN 2 MINIT MU UTK ARTIKEL INI.. 2 MINIT MU MUNGKIN DPT MENYELAMAT 20 TAHUN MU.

Assalammualaikum..
Di masa kini, sudah byk kes keretakan rumahtgga yg kita dgr samada di media massa ataupun disekeliling kita.. ada yg baru kawin seminggu dh lafaz cerai.. ada gak yg blh b'tahan b'belas2 tahun tp penghujungnyer x seperti yg diimpikan.. kenapa?? bila berlaku penceraian maka ank2 m'jd mangsa.. mari kita kaji serba sedikit punca2 keretakan rumahtgga.. (sila nilai isu2 ini adakah wujud dlm rumahtgga kita)

1. Tiada persefahaman dan didikan agama yang mendalam.Jadi masing-masing tidak mengerti dan sekaligus mengabaikan tanggungjawab mereka.

2. Tidak mahu bertolak ansur bila tercetusnya perselisihan atau pertengkaran.Ingat,bertolak ansur suatu perkara yang amat penting dalam memastikan kebahagiaan di dalam rumahtangga.

3. Berkahwin kerana terpaksa tanpa mendapat kerelaan daripada kedua-dua belah pihak.

4. Berkahwin atas dasar cinta atau nafsu semata-mata tanpa menilai kepentingan agama.Bila dah hilang cinta,macam mana?

5. Beristeri lebih dari seorang tanpa mematuhi syarat-syaratnya dan atas dasar nafsu semata-mata.

6. Tiada kufu diantara pasangan baik dari segi fizikal,material,agama serta taraf pendidikan.

7. Campurtangan ibu bapa dan keluarga.

8. Terburu-buru dalam membuat keputusan dan tindakan walaupun dalam perkara yang remeh-temeh.

9. Tiada rasa saling hormat-menghormati diantara pasangan suami isteri.

10. Tidak berterus-terang dan sentiasa berbohong serta selalu berdalih.

11. Terlalu cemburu dan tiada rasa kepercayaan antara satu sama lain.

12. Suami berpendapatan kecil dan tidak mampu menunaikan tanggungjawab nafkah yang sepatutnya terhadap keluarga..

Sekiranya ada 3 atau lebih isu ini di dlm rumahtgga kita maka ianya perlu dititik beratkan.. jgn ambik remeh krn ia akan m'jd semakin buruk. berdoalah dan berubahlah ke arah kebaikan bersama..


p/s sekadar utk renungan bersama..
actual posting frm jomkawin.com

2 comments: