My Heroes

My Heroes

Thursday, August 6, 2009

HANYA AKU ....

Aku pulang petang itu
Tergesa2 memanjat ank2 tangga
menuju ke pintu rumah.
Meletakkan handbag di bahu
ke ats meja di ruang tamu,
aku bergegas semula keluar
tanpa sempat melabuhkan punggung di ats sofa,
tanpa sempat melepaskan lelah.
Ank tangga kudaki lagi
Sehingga sampai ke destinasi
pintu rumah ku ketuk dgn salam diberi
seorg ank kecil berdiri di muka pintu
yg tersenyum memandangku
sambil tangannya diagah2 utk mendakapku
hilang penat sehari bekerja
melihat si comel itu selamat dipangkuanku
terima kasih tak terucap
hanya senyum dan pandangan mata
aku meneruskan lg langkahku
kali ni ank2 tangga ku turuni
menuju ke satu taman
tempat bermain si adik menanti pulangnya si abang
Menjelang senja
aku kembali mendaki semula
berpimpin tangan dua beradik itu
sambil berselang seli ketawa
aku terhibur melihat mereka gembira
padahal aku sendiri dalam duka
beban dibahu ku tanggung sendiri
kekusutan x terlerai kini bersimpul mati
masalah bertimbun terpendam di hati
si adik mahu dibelai
si abg mahu dibimbingi
dan kedua2nya perlu perhatian
yg ada hanya aku sendirian
terlebih perhatian pada ank2
rumah pulak berselerak
kadang kala ada yg perlu kuabaikan
namun ank x pernah kulupakan
lewat malam aku masih belum tidur
si abg sudah lama berdengkur
si adik pula masih cergas
macam bateri baru dicas
tidur malam ku sering terganggu
oleh rengekkan dan si adik meminta susu
baru rasanya dlm lena
jam disisi berbunyi pula
menandakan time solat subuh sudah tiba
tugas rutin kembali semula
menyiapkan si abg utk ke sekolah
sambil mencuri2 masa mengemas rumah
kadang kala terlelap juga
mujur si abg bijak menguruskan dirinya
sentiasa berharap si adik x bangun awal
sehingga aku siap berdandan
namun x selalunya menjadi kenyataan
kekdg kena juga ambk masa melayan
stlh selesai menghantar si adik
aku berkereta ke tempat keje
tugas berlainan menanti pula ku di sana
walau penat tetap kugagahi
petang nanti...
tugas semalam berulang lagi
p/s : nukilan giler2..



No comments:

Post a Comment