My Heroes

My Heroes

Friday, April 30, 2010

X MINTAK TP DPT...

mlm td ssh benar aku nk lelapkan mata. Y?? bkn sbb ati ssh tp sbb menatang kat bwh nih.


Klu korg nk tau ni ler hp baru yg hubby aku bli kat aku. Sony ericsson xperia X2. Aritu dia ada tnya aku nk hp apa? aku ckp aku xmau. Hp lama aku pun dh x meragam sgt. mlm td dia blk, n bg hp nih kat aku.

So apa mslahnyer smpai aku x blh tido tu ye x? Sptutnyer aku xcited dpt hp baru yg canggih.

huhuhuhu.. sbb canggih sgt ler smpai aku x blh tido. Dr dpt smpai lewat tgh mlm aku duk belek2 hp tu.. aku x dpt nk feel dia pye function sgt ler. Hp ni dh mcm laptop ler plak. Mcm2 ada. Sampaikan aku nk set volume x pandai.. nk set ringtone x blh. Bahkan smlm nk antar msg pun xtau dh sent ke x? Apa ler aku nih. Benak betui.

Aku paling ler x suka kecanggihan kat hp. Sbb aper.. sbb aku xtau guna. Bg aku hp cukuplah sekadar ada basic aje. Kesudahannyer aku kuar blk simkad aku letak kat hp lama aku, W810i. Sayang betui aku kat hp tuh. Ntah kenapa tah.. maybe sbb hp tu byk lagu2, zikir2 n ayat suci. T'lalu byk smpaikan aku dh mls nk bluetooth kat hp len.

Pg td sblum hubby aku g keje.. dia cari hp tuh. Dia tgk aku still pkai hp lama. Dia paksa aku pkai hp bru tuh gak. Yelah2.. aku pkai ler. Tp aku sematkan simkad spare aku jer ler. ni pg2 lg aku dh on laptop aku sbb nk tgk function xperia tuh.. X dpt gak apa yg aku cari. lemah betui ler mcm nih.

Klu ikutkan ati mau jer aku tradein hp tuh. Apa ler hubby aku ni bli bkn nk tnya aku. Konon nyer nk surprise ler tuh. Akhirnya dia pun sama2 surprise sbb dia pun dh serender xtau nk cari basic function tu mcm mne. Aku soh dia pkai dlu dia lak xnk. Hisss.. garu kepala aku. Dh ler bli mahal2 tp x pandai nk guna.

Xtau ler apa aku rs skrg nih. Maybe apa yg dia buat ni sbb dia nk ambk ati aku blk kot. Bagus ler mcm tuh. Tp dlm ati aku nih xde sapa yg tau. maybe org yg slalu jerngah TTFMH jer tau. Tp dr dia abis beribu nk bli hp ni bek ler dia bli rantai tgn kat aku.

Sebut psl rantai tgn, aku b'kenan 1 rantai tgn tuh. rege dia rm1.2k. Aku duk t'byg2 jer benda alah tuh. Igt dpt duit kutu ni aku nk bli ler. Tp pkr blk.. target aku nk bli mesin jahit ngn duit tu nnt. Aku nk blajar m'jahit. Buat baju n langsir. Klu dh pandai nnt blh ambk tempahan. ada gak side income aku.

Korg rs yg mne aku ptt bli. Mula2 aritu igtkan nk kecek duit bonus hubby aku. itu pun klu dia semawa ler. Klu dia diam aku pun diam jer ler. Maleh nk mintak2 nih. Dia byk tanggungan len. Prinsip aku mcm nih.. Dia ada hak tunaikan keperluan aku n ank2 tp dia x berhak tunaikan kehendak aku.. itu jer.. aku kan ker isteri yg bek.

K ler. ni aku betui2 serius nk mintak tlg kat korg.. klu ada2 sesapa yg tau psl hp xperia nih @ pernah ler guna.. pls ler contact aku. aku nk mintak bimbingan. Betui nih!!! Byk soklan yg x t'jwb dek krn hp tuh. Tgk manual pun aku x phm. Pening ler mcm nih.. Plz yerk..

Wednesday, April 28, 2010

TERJAWAB SUDAH...

Terlerai sudah kekusutan
Kini Yang tinggal ketenangan
T'jwb sudah setiap persoalan
Yg meneman kini hanya kenangan
Sume @ TTFMH

Tuesday, April 27, 2010

DOA SEORANG ISTERI

Bismillahhirahmannirrahim..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah

Hanya padaMu Ya Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Amin,amin Ya Rabbal Allamin..