My Heroes

My Heroes

Monday, August 27, 2012

GURAUAN MEMBAWA IGAUAN

mengalir air mata aku. sedih bkn sebab menyesal tapi sedih sebab malu. malu dgn jiran tetangga aku. malu dgn kerenah ank2 aku. kalau tak ganggu hidup org luar aku xkisah tapi ni...

dah mcm2 cite aku dgr dr mulut jiran2 aku. airel buat mcm tu. airel buat mcm ni. mana aku nk sorok muka. skrg ni bdk yg femes nakal airel dah sandang.

"airel pkai redah je msuk umh akak."
"airel lompat ats sofa dlm umh akak."
"abis lantai umh akak bertapak kaki si airel."

mcm2 lae yg dorg komplen psl airel. tadi airel sorok selipar org. meraung bdk tuh. dah lar mak budak tu mmg anti ngn airel. msti jd buah mulut org pye. pdhal bg aku benda kecik je. bkn xprnh selipar kitorg kena sorok. bkn xprnh pintu umh kitorg kena maen ketuk2. malahan kitorg tahu kerja sapa. tp kitorg xkecoh sbb benda ni kecikaje. tp bg org yg xdpt terima gurauan ksr ni dorg akn cpt melatah.

tambahan bdk yg airel kacau ni ank emas kat cni. dia lar yg baek. dia lar yg bgus. sbb tu apa yg dia ckp, dia adu, rmai yg cpt percaya bulat2. depan mata aku. bla dia jtuh, dia tduh airel buat.

hubby aku dh warning. aku pon dh warning. tp ati airel mmg kering. bg airel, bdk ni kwn baek dia. klu blh sume benda dia nk share dgn bdk tu. dia beli beg baru, beg lama dia nk kasi bdk tuh. kasut baju dia yg xmuat pon dia nk kasi bdk tuh. klu airel singgah kdai nk beli jajan, dia msti tnya bdk tu nk jajan gak x. klu aku kuar 50sen utk airel, utk bdk tu gak aku kena kuarkn 50sen lg.

kalau blh aku nk kuar dr flat ni cpt2. cari umh teres. biar airel maen dlm kaw umh je. senang aku nk kawal dia.

apa perasaan korg klu org benci ank kita?

mak bdk ni prnh seret airel msk dlm sekolah. apa perasaan korg bla ank korg org buat mcn tuh depan mata korg?
mak bdk ni prnh tolak airel jauh dr dia. kecik x ati korg?

Friday, August 24, 2012

PENGAKUAN YG AMAT MENYAKITKAN.

aku mmg perasan akan kunjungannya ke rumah kami pd hari itu. disbbkn sibuk melayani para tetamu yg hadir aku skadar dpt bertegur sapa shj dgnnya. namun dpt aku rskan dia asyik memerhatikan gerak geriku.

di kala para jemputan mula beransur meninggalkan rumahku, dia msh di situ. kesempatan itu aku ambil utk berbual2 kosong dgnnya. suamiku yg dr tadi menemani si dia tiba2 beredar dan meninggalkan kami berdua. kuperhatikan gadis seberang itu mmg cantik orgnya. berkulit putih bersih dgn rambut lurus hitam berkilat mencecah dada. tdk spt rambutku yg berketak2. nak lurus kena lar buat rebonding. dia mempunyai tarikan yg bisa mencairkan hati lelaki yg memandangnya. kuanggarkan usianya dlm lingkungan 25 - 28thn.

di saat itulah dia mula membongkarkn satu rahsia yg mmg slama ini aku jangkakan. tanpa memikirkan perasaan aku sbg seorg isteri, tegarnya dia mengaku bhw dia dan suamiku sdh lama menjalinkn hubungan sulit.

saat itu, hanya Allah yg tahu betapa hancur luluh hatiku sbg seorg isteri pabila mendengar pengakuan dr gadis itu. namun aku berusaha utk tdk menunjukkan perasaanku yg sebenar. aku trus mengorek maklumat dimana dia tggl, apa pekerjaannya dan no telnya. dia pula tanpa rs ragu2 memberi jawapan setiap soalanku.

stlh dia meminta diri utk pulg, aku trus berdepan dgn suamiku. perbagai soalan kuajukan kpdnya. dsr lelaki. mulanya dia berdolak dalih. namun bla aku menjelaskan segalanya diceritakan sendiri oleh kekasih gelapnya itu. akhirnya dia mengaku.

tiada apa yg dpt kuucapkan lg. hanya linangan air mata yg dpt mengambarkan betapa pedihnya hati ini. aku seakan sdh tdk nmpk kemana hala tuju ms depanku dan ank2. tubuh bdnku menjadi longlai. hatiku bagai disagat2. aku pandang ke wajah insan yg amat aku cintai itu. tiada sekelumit belas dr wjhnya. kemana hilgnya cintanya kpdku.

mmg sudah kujangka satu hari nnt, ianya pasti akan terjadi. sangkaku aku tabah utk menghadapinya. namun sekuat mana diri ini, disaat aku menyulam bahagia rupanya itu hanya sandiwara.

bajuku dan anak ku sumbat ke dlm beg. nekadku hnya 1 dia akn kutgglkn. dia tdk pula memujuk atau menghalang tindakanku. dia seolah2 sdh bersedia utk mengantikan tmptku dgn gadis seberang itu.

hati ini semakin dihimpit pilu bla mengenangkan ank sulungku terpaksa kutgglkn bersama suami memandangkan aku sndri tdk tahu kemana destinasi utk aku mengadu nasib. apa yg terlintas dibenakku di saat itu hanyalah utk membawa nasib ke tmpt lain.

org pertama yg terdetik utk kuhubungi utk menumpang barang semalam dua adalah sahabatku ami. kemudian aku merangka perjlnan utk pergi ke penang dan meminta bantuan ct masnissah mencari pekerjaan dan tmpt penginapanku.

semua sdh ku aturkan dlm kepasrahan. dan dikala itu tak mungkn aku berpaling lg kpd cinta hatiku yg tlh menghancurkan jiwa ini. biarlah dia bahagia bersama penganti diriku. mungkin aku tdk membahagiakan dirinya wlaupun aku tlh sedaya upaya berusaha.

aku mengatur langkah meninggalkan rumah, air mataku menitis laju tatkala ank sulungku memeluk erat aku. terlalu bsr pengorbanannya merelakan pemergianku. dan ayahnya pula hanya membatu diri seolah2 tiada apa yg terjadi.

air mata terus mengalir. seksanya aku diwaktu itu. dan aku masih menangis sewaktu membuka kel mopak mataku. dan aku masih tersedu sedan sewaktu menyedari itu skadar mimpiku.

dan kerana mimpi itu TAHUN NI XDE OPEN HOUSE. xmau fantasiku bertukar realiti. perit woooo.



p/s air mataku tetap mengalir ketika n3 ini ditulis.