Pernah tak wujud perasaan BENCI korang kat anak2 korang? KEJAM kan aku tanya macam tuh? Saat ini aku tak malu2 akui perasaan BENCI aku meluap2 pada si Aiman. Sakit hati aku.
Skjap tadi naik pijar tangan aku menampar muka dia. Bukan sekali dua tapi berkali2 tangan nih naik ke muka dia. Dari khamis lepas aku lancarkan perang dingin dengan dia gara2 dia menipu aku. Latihan yang aku soh dia buat kat buku kerja, dia jawab dengan meniru jawapan kat blkg buku. Aku tak buang/simpan jawapan tuh sbb slama nih percayakan dia. didepan aku sikit pye bagus dia memerah otak konon2 berpikir. Tapi diblkg aku, dia pilih jalan singkat.
Pasal kes itu berhari2 aku x tegur dia. Sume benda berkaitan dia, aku soh dia buat sndri. Baju suar dia aku soh dia basuh sndri, sidai sndri n lipat sndri. Bangun pagi nak g sekolah pon aku tak bangunkan dia. Duit blanja pon hubby aku yg bagi kat dia. Pendek kata mmg minggu lepas aku 'buang' dia. Sumenya sbb nak bg dia pengajaran. Bagi rotan n bagi tangan dah puas aku buat. Ingat nak cuba cara reverse psikologi.
Selama perang dingin tuh, hari2 dia merayu agar aku maapkan dia. Berkoyan2 janji dia tak buat lagi. Baru dua hari lepas aku tergerak ati nak maapkan dia slps dkt seminggu mendera mental dia. Aku ingat dia akan amik ikhtibar lar tapi hancur ati aku.
Skjap tadi, dia buat perangai minggu lepas lagi. Kali nih latihan online yang aku soh dia buat. 1st dia jawab sekali imbas then bla result kuar dia salin jawapan. Kemudian dia buat lagi exercise yang sama sambil copy jawapan yang dia salin.
Mana aku tak angin satu badan. Aku nih niat nak tolong dia sampaikan aku wat notes BI dalam BM supaya senang dia paham. Setiap hari kalau dia belajar aku duk sebelah. Dia dapat meniru ni pon sbb aku tgglkan dia wat sorg2 sbb aku nk kejar wat benda lain.
Aku dah tak tau nak wat apa lagi. Aku dah report kat ayah dia tadi. Biar ayah dia plak yang uruskan. Minggu lepas ayah dia gak yang beriya2 memujuk aku supaya maapkan si Aiman nih. Ngam2 seminggu dia nih wat taik lagi.
Nak nangis? Aku dah pernah menangis depan dia. Aku dah prnh merajuk dengan peel dia. Dah beribu2 kata2 nasihat aku bagi kat dia. Dah macam2 hukuman aku hukum dia. Apa lagi aku nak buat?
Ikutkan hati aku nak hantar sajerk dia ke rumah uncle hubby aku. Biar dia tau betapa seksanya duk ngn orang tuh. No Tv, hanya blh tgk news aje. Xde main2. 24 jam pegang buku jerk. Sbb tuh tiga2 anak uncle hubby aku nih mmg 100% score A dalam sume subject. Tapi yang menghalang aku wat keputusan macam tuh sbb uncle hubby aku nih kristian. Kalau lar muslim, dah lama aku courier si Aiman nih. Hah!! sekolah lar ko dalam estet.
Hati aku nih macam2 rasa ada skrg. bukan takat 3 rasa dah byk rasa. Rasa kecewa, rasa sedih, rasa marah, rasa benci, rasa malu, rasa tuh..rasa nih.. Sampaikan aku tak tau nak tunjukkan kat Aiman mcm mne rasa kecewa aku, rasa sedih aku atau rasa marah aku..
Ya Allah.. Dugaan apa yang Kau beri kat aku. Kenapa susah sangat nak didik anak aku yang sorang nih? Apa yang perlu aku lakukan? Haruskah aku mengalah dan membiarkan dia terus terumbang ambing. Ya Allah.. Dah tak ada kekuatan aku. Dah tak ada semangat aku. Dah tak ada impian aku. Permudahkanlah segalanya. Tunjukkan apa yang harus aku lakukan lagi. Amin.
kadang2 aku piker sonok gak jadi cekgu ni..sure dia pun leh mengajar anak dia jd seorang yg berjaya..ko tau anak teruna aku nak soh wat keje sek..siap nagis dulu...buat sikt..lpas tu menung..bila aku tegur...buat sikit..pastu menung lagi...tegur lagi...buat sikit..mcm tu sampai siap...tak ker sakit jiwa aku..bila dibebel or marah merajuk..muncung mulut2..ish!! geram beb!! sama gak dengan keluar lps mandi berkali2 pesan..lap kering2..rambut..badan..sampai ke kaki... pesan mandi pagi..mandi petang dibuat lak..hu3... mcm dia lupa apa yg kita pesan. entah ler linda mmg kena sabo byk dlam membesarkan anak2 ni..bukan senang nak mendisplinkan dowang..
ReplyDeletehahaha.. sama lor ngn si Aiman tuh. sampaikan si Airel pun terikut2 peel abangnyer. Lps mandi ngn air kat bdn berjurai2 dorg blh berlari ulang alik dlm umh. Mne x hangin 1 bdn. Dah ditegur dibuat blk.
ReplyDeletekalau psl bljr plak, Ammar tuh mcm Aiman dlu2. dari dulu smpai kini. Klu dia wat sndri pon, skjap2 carik aku.. pggil aku.. Tanya mcm mne nk wat tuh, mcm mne nk wat nih.. Bkn xblh nk wat sndri tp sbb maleh nk baca arahan.